Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Nasional

Semarakkan Hari Malaysia Dengan Iltizam Reformasi Bina Semula Negara – Andre Lai

Kongsikan Artikel Ini

WANGSA MAJU, 16 Sep – Nikmat perayaan Hari Malaysia wajar disemarakkan dengan iltizam reformasi membina semula negara.

Jelas Naib Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Wilayah Persekutuan, Andre Lai, beliau menyeru agar seluruh rakyat meraikannya seluruh negara serta melafazkan ikrar dan mengukuhkan iltizam membina semula negara.

“Dengan agenda reformasi sebagai pemangkin, marilah kita tunjukkan bahawa walau apa pun cabaran, rakyat akan bangkit mengharungi bersama dalam satu suara,” ujar Andre merangkap Ketua Cabang KEADILAN Wangsa Maju.

Ujarnya lagi, kepelbagaian tidak dijadikan pemisah, malah menyerlahkan lagi keunikkan Malaysia sebagai sebuah negara berbilang kaum.

Beliau berkata demikian sempena perutusan Hari Malaysia ke-58 yang disambut hari ini.

– MEDIA RANIA

ILTIZAM REFORMASI MEMBINA NEGARA

🇲🇾🇲🇾🇲🇾

Setiap tahun pada hari ini, rakyat Malaysia akan menyambut Hari Malaysia bagi memperingati sejarah pembentukan sebuah persekutuan dengan semangat federalisme antara Semenanjung Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak menjadi satu identiti.

Kepelbagaian tidak dijadikan pemisah, malah menyerlahkan lagi keunikkan Malaysia sebagai sebuah negara berbilang kaum.

Pada hari yang bermakna ini, sedang kita meraikannya seluruh negara, marilah kita melafazkan ikrar dan mengukuhkan iltizam membina semula negara.

Dengan agenda reformasi sebagai pemangkin, marilah kita tunjukkan bahawa walau apa pun cabaran, rakyat akan bangkit mengharungi bersama dalam satu suara.

Semaikan rasa bangga dengan negara.
Selamat Menyambut Hari Malaysia ke 58.

🇲🇾🇲🇾🇲🇾

Andre Lai
Naib Pengerusi KEADILAN Wilayah Persekutuan
Ketua Cabang KEADILAN Wangsa Maju

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Politik

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 16 Okt – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata, pihaknya akan meminta Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi kerjasama...

Nasional

Kongsikan Artikel IniKenyataan Media 16 Oktober 2021 Saya ucap terima kasih atas kesediaan serta pengiktirafan dari YAB Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob dan kerajaan...

Nasional

Kongsikan Artikel IniKerajaan mungkin tidak akan mewajibkan vaksinasi Covid-19, tetapi mereka yang menolak untuk divaksinasi akan berdepan dengan kehidupan yang sukar, kata Menteri Kesihatan...

Ekonomi

Kongsikan Artikel Ini1. Tan Sri Mohd Nor dilantik sebagai Pengerusi TH semasa saya menjadi Menteri yang bertanggungjawab ke atas TH mulai tahun 2018. Latarbelakang...

Copyright © 2021 Media Rania