Anak Muda

Kenapa Saya Sertai KEADILAN? – Adam Adli

Kongsikan Artikel Ini

PETALING JAYA, 16 Sep – Adam Adli Abdul Halim adalah antara 20 aktivis hak asasi manusia yang memutuskan untuk menyertai Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) secara rasmi hari ini.

Katanya, keputusan itu dibuat setelah merasakan bahawa KEADILAN adalah parti politik yang paling sesuai dengan prinsip perjuangannya.

“Saya mengambil sedikit masa lagi (untuk membuat keputusan) untuk memastikan, jalan apa pun yang dipilih, asasnya kuat, prinsipnya jelas dan tujuannya murni – dan KEADILAN memenuhi prinsip-prinsip yang saya cari.

Walaupun banyak cabaran yang dilalui KEADILAN dan PH, dia berkata, “Saya percaya masih jauh dari selesai, tetapi ada masa depan yang dapat kita bersama-sama, ada ruang untuk perubahan yang dapat kita perjuangkan bersama.”

Selain Adam, dua lagi yang hadir menyerahkan borang menyertai parti itu ialah aktivis bebas, Sarah Hadi dan peguam, Asheeq Ali Sethi Alivi.

Selain tiga aktivis itu, 20 lagi aktivis yang terdiri daripada anak muda turut mengumumkan menyertai KEADILAN pada majlis yang dihadiri Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Akmal Nasrullah Mohd Nasir.

Anwar berkata, penerimaan masuk aktivis muda ke dalam parti itu hari ini, tidak bermakna mereka akan ditampilkan sebagai calon dalam pilihan raya umum ke -15 (PRU-15).

Katanya, walaupun senarai nama diusulkan pimpinan parti di peringkat negeri, namun terdapat saringan akan dilakukan terlebih dahulu.

“(Senarai) nama memang diusulkan, tapi ada saringan di peringkat jawatankuasa tertentu yang perlu dilakukan.

“Bagi saya, tumpuan utama kita ketika ini ialah untuk memperkuatkan jentera dan mereka ini (aktivis muda) boleh menolong kita, turun padang dan menerangkan kenapa mereka memilih untuk menyertai KEADILAN,” katanya.

– MEDIA RANIA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Copyright © 2021 Media Rania

Exit mobile version