Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Nasional

Aminuddin Zahir Setinggi-Tinggi Penghargaan Sempena Ulang Tahun ATM Ke-88

Kongsikan Artikel Ini

SEREMBAN, 16 Sep – Jasa dan pengorbanan perwira dalam mempertahankan kedaulatan negara tidak pernah dilupakan.

Bersempena sambutan Hari Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ke-88 yang diraikan hari ini, Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas pengorbanan anggota keselamatan negara

Untuk rekod, Hari ATM disambut serentak bersama dengan tarikh penubuhan Persekutuan Malaysia iaitu pada 16 September setiap tahun.

“Tahniah saya ucapkan buat semua anggota yang telah dan sedang berkhidmat untuk negara.

“Sungguh, pengorbanan yang dilakukan oleh para anggota adalah sangat bermakna dan bernilai,” katanya melalui perutusan yang disiarkan menerusi Twitter hari ini.

Beliau menyeru agar seluruh rakyat bersama-sama berusaha mempertahankan kedaulatan serta maruah negara dalam apa jua cara seterusnya merealisasikan cogan kata “Kedaulatan Negara Tanggungjawab Bersama”.

Selamat Hari ATM ke-88.

– MEDIA RANIA

Foto: Twitter Menteri Besar Negeri Sembilan

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Politik

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 16 Okt – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata, pihaknya akan meminta Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi kerjasama...

Nasional

Kongsikan Artikel IniKenyataan Media 16 Oktober 2021 Saya ucap terima kasih atas kesediaan serta pengiktirafan dari YAB Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob dan kerajaan...

Nasional

Kongsikan Artikel IniKerajaan mungkin tidak akan mewajibkan vaksinasi Covid-19, tetapi mereka yang menolak untuk divaksinasi akan berdepan dengan kehidupan yang sukar, kata Menteri Kesihatan...

Ekonomi

Kongsikan Artikel Ini1. Tan Sri Mohd Nor dilantik sebagai Pengerusi TH semasa saya menjadi Menteri yang bertanggungjawab ke atas TH mulai tahun 2018. Latarbelakang...

Copyright © 2021 Media Rania