Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Sukan

UCL – United Tersungkur Di Kaki ‘Budak Muda’

Kongsikan Artikel Ini

BERN, Switzerland, 15 Sep – Kapten Manchester United, Harry Maguire yakin pasukan itu akan kembali bangkit dan mencetuskan impak dalam saingan Liga Juara-Juara musim ini selepas tewas 1-2 di tangan Young Boys, di sini.

Skuad bimbingan Ole Gunnar Solskjaer terlebih dahulu di depan menerusi gol ketiga Cristiano Ronaldo dalam dua perlawanan sejak kembali bersama kelab itu tetapi tersentak selepas Aaron Wan-Bissaka dibuang padang pada lewat babak pertama dengan lawan mereka yang juga juara liga Switzerland kembali bangkit untuk mengutip tiga mata.

Nicolas Moumi Ngamaleu menjaringkan gol penyamaan pada pertengahan babak kedua sebelum pemain gantian, Jordan Siebatcheu meledak gol kemenangan pada masa kecederaan.

“Disiplin adalah paling penting dalam kejohanan bola sepak. Sekiranya ini adalah perlawanan kalah mati dan kami tersingkir daripada saingan kerana kami terpaksa beraksi dengan 10 pemain, saya pasti semua orang akan berasa kecewa.

“Kami bernasib baik kerana ini adalah perlawanan pertama kumpulan dan kami ada masa untuk kembali bangkit,” katanya Maguire.

Keputusan seri pastinya dianggap lebih baik dalam situasi berkenaan tetapi Young Boys memenangi perlawanan selepas hantaran ke belakang yang dilakukan Jesse Lingard berjaya dipintas Siebatcheu bagi menceriakan penyokong tuan rumah.

“Kita semua adalah manusia biasa, semua pemain melakukan kesilapan dan dia akan belajar daripada kesilapan itu. Ini adalah lumrah dalam bola sepak,” tambah Maguire.

United akan melayan kunjungan Villareal di Old Trafford pada 29 September ini sebelum bertemua Atlanta pada 20 Oktober.

– AFP

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Sukan

Kongsikan Artikel IniLONDON, 16 Okt – Roberto Firmino membenam hatrik dan Mohamed Salah menjaringkan satu lagi gol solo untuk membantu Liverpool membelasah Watford 5-0,...

Sukan

Kongsikan Artikel IniMILAN, 11 Okt – Juara dunia, Perancis membuktikan Les Bleus dalam kelas tersendiri apabila bangkit ketinggalan satu gol untuk menewaskan Sepanyol 2-1...

Sukan

Kongsikan Artikel IniSEREMBAN, 9 Okt – Kejohanan Bolasepak Piala YAB Menteri Besar Negeri Sembilan 2021 menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah RM160,000. Menteri Besar, YAB Dato’...

Sukan

Kongsikan Artikel IniLONDON, 9 Okt – Penyokong Liverpool mendesak pemilik kelab gergasi Liga Perdana Inggeris (PL) itu agar memenuhi permintaan Mohamed Salah untuk menaikkan gaji...

Copyright © 2021 Media Rania