Sukan

UCL – Bayern Munich Dedah Petanda Kejatuhan Barcelona

Kongsikan Artikel Ini

BARCELONA, 15 Sep – Bayern Munich memberikan petanda awal kejatuhan Barcelona apabila melakar kemenangan 3-0 ke atas pasukan itu dalam saingan Kumpulan E Liga Juara-Juara, di sini, sebentar tadi dengan Robert Lewandowski meledak dua gol di Camp Nou.

Tanpa kelibat Lionel Messi buat kali pertama di pentas Eropah sejak 2003, Barcelona jelas bukan tandingan buat Bayern yang berpeluang menjaringkan lebih banyak gol sebelum menamatkan aksi dengan tiga jaringan.

Thomas Mueller meledak gol pertama buat Bayern dalam perlawanan itu pada minit ke-34 sebelum Lewandowski menambah luka Barcelona menerusi dua gol yang dijaringkannya minit ke-56 dan 85.

Mueller kini sudah merekodkan tujuh gol dalam enam penampilan bertemu The Catalan manakala Lewandowski meletakkan namanya sebagai penjaring dalam 18 perlawanan berturut-turut.

Kekalahan menyaksikan jurulatih Barcelona, Ronald Koeman kini dalam kedudukan tidak selamat dan formasi 5-3-2 yang diterapkannya turut dikritik penyokong setia The Catalan yang menganggap ia bertentangan dengan tradisi kelab itu.

– AFP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Sukan

Kongsikan Artikel IniLONDON, 16 Okt – Roberto Firmino membenam hatrik dan Mohamed Salah menjaringkan satu lagi gol solo untuk membantu Liverpool membelasah Watford 5-0,...

Sukan

Kongsikan Artikel IniMILAN, 11 Okt – Juara dunia, Perancis membuktikan Les Bleus dalam kelas tersendiri apabila bangkit ketinggalan satu gol untuk menewaskan Sepanyol 2-1...

Sukan

Kongsikan Artikel IniSEREMBAN, 9 Okt – Kejohanan Bolasepak Piala YAB Menteri Besar Negeri Sembilan 2021 menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah RM160,000. Menteri Besar, YAB Dato’...

Sukan

Kongsikan Artikel IniLONDON, 9 Okt – Penyokong Liverpool mendesak pemilik kelab gergasi Liga Perdana Inggeris (PL) itu agar memenuhi permintaan Mohamed Salah untuk menaikkan gaji...

Copyright © 2021 Media Rania

Exit mobile version