Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Negeri

TERKINI – Kerajaan Negeri Sembilan Peruntuk Geran RM1,000 Setiap Anak Negeri Lanjut Pengajian Di KYANS

Kongsikan Artikel Ini

SEREMBAN, 15 Sep – Lagi inisiatif diumumkan khas buat anak-anak Negeri Sembilan melanjutkan pengajian dalam bidang teknikal menerusi institut kemahiran milik penuh kerajaan negeri.

Menurut Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun, kerajaan negeri berbesar hati mengumumkan inisiatif bagi semua pelajar baharu dari kalangan anak-anak Negeri Sembilan yang mendaftar ke Kolej Yayasan Anak Negeri Sembilan (KAYNS) mulai 1 Ogos 2021, akan dianugerahkan geran sebanyak RM1000 setiap seorang.

“Kerajaan Negeri mempelawa anak-anak Negeri Sembilan melanjutkan pengajian mereka ke institusi latihan kemahiran milik Kerajaan Negeri Sembilan iaitu Kumpulan Akademi YNS (KAYNS).

“Menyedari keperluan menyediakan anak-anak muda memperkasakan diri dengan bidang ilmu dan ketrampilan dalam pelbagai bidang kemahiran bersesuaian dengan era Revolusi Industri 4.0,” kata Aminuddin menerusi kenyataan media yang disiarkan hari ini.

Selain itu, tambahnya, mereka juga akan diberi bantuan sara hidup sebanyak RM100 seorang bagi setiap bulan bermula dari awal sehingga mereka tamat pengajian.

Menurutnya lagi, insititusi yang telah beroperasi sejak 22 Julai 1993 ini telah menyediakan latihan kemahiran teknikal dan vokasional (TVET) di peringkat Sijil dan Diploma di bawah pentauliahan yang dikeluarkan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) dan Kementerian Sumber Manusia (KSM).

Jelasnya, ribuan graduan institusi ini telahpun mencapai kejayaan dan kecemerlangan tinggi dalam kerjaya masing-masing.

Ibu bapa tidak perlu risau lagi mengenai kos untuk membiayai anak-anak mereka melanjutkan pengajian.

Bermula sesi akan datang, pinjaman pembiayaan akan disediakan sepenuhnya oleh pihak Yayasan Negeri Sembilan (YNS) merangkumi yuran pengajian, penginapan dan makanan.

“Bagi anak-anak daripada keluarga kumpulan Asnaf pula, tajaan sepenuhnya akan disediakan pula untuk mereka. Kampus baru sedang pesat dibina dan dijangka siap serta sedia digunakan mulai Februari 2022,” ujar beliau.

Difahamkan, ruang kapasiti untuk pelajar baru akan ditambah sesuai untuk memastikan suasana belajar akan lebih kondusif dan iklim pembelajaran yang lebih kondusif.

Selain itu, kualiti tenaga pengajarnya akan dipertingkatkan secara berterusan manakala program-program pengajian bersifat futuristik akan turut diperkenalkan.

Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran, klik pada pautan borang berikut:

https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSdQrbQKO9wEWlbhHw6srmI2uAlP4u6XD1lNCFmnu0KouqOJvg/formResponse

– MEDIA RANIA

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Komuniti

Kongsikan Artikel IniTAMPIN, 16 Okt – Hujung minggu ini, Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun dimulakan dengan program bersama rakyat ditemani isteri...

Nasional

Kongsikan Artikel IniKementerian Pendidikan digesa menyiasat pendedahan ibu bapa pelajar Tingkatan 2 sebuah sekolah menengah di Kuala Lumpur apabila satu video seks muncul di...

Negeri

Kongsikan Artikel IniSEREMBAN, 13 Okt – Seramai 53 penjawat awam di Negeri Sembilan yang masih belum menerima vaksin Covid-19 mempunyai masa hingga hujung bulan...

Negeri

Kongsikan Artikel IniKUALA TERENGGANU, 13 Okt – Pembinaan sungai tiruan bagi meminimumkan masalah banjir yang sering melanda daerah Kemaman akan dimulakan awal Januari 2022....

Copyright © 2021 Media Rania