Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Negeri

Kajian Cadangan Pembinaan Kolam Takungan Air Temiang – Aminuddin

Kongsikan Artikel Ini

TEMIANG, 15 Sep – Satu kajian secara menyeluruh perlu dilaksanakan bagi menilai keberkesanan cadangan pembinaan Kolam Takungan Air Temiang.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, Jabatan Pengairan Saliran (JPS) Negeri Sembilan melalui Jabatan Pengairan Malaysia telah mencadangkan dua cara bagi menilai perkara berkenaan.

“Satu kajian Pelan Induk Saliran Mesra Alam Daerah Seremban berjumlah RM1.5 juta dan dijangka siap tahun 2023.

“Kedua melalui cadangan Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu Sungai Linggi Fasa 5 yang di dalam tindakan Kementerian Alam Sekitar dan Air bagi pelaksanaan di dalam RMK 12 untuk diselaraskan keperluan menilai isu-isu berkenaan pengurusan sungai dan tebatan banjir di dalam daerah Seremban.

“Kajian secara menyeluruh perlu dilaksanakan bagi menilai keberkesanan dan keperluan pembinaan sesebuah kolam air berkenaan boleh memberi impak kepada penurunan isu banjir, pengurusan air ribut (stormwater) dan sungai di kawasan Temiang secara berkesan,” ujar beliau.

Menurut Aminuddin lagi, permohonan tersebut telah diluluskan dalam Rancangan Malaysia Ke-11 sebanyak RM1.5 juta bagi kajian Pelan Induk Saliran Mesra Alam Daerah Seremban oleh JPS Malaysia.

“Walaubagaimanapun, pelantikan perunding akan dilantik pada Disember 2021 dan kajian tersebut dijangka siap pada tahun 2023,” kata Aminuddin.

Minggu lalu ADUN Temiang, YB Ng Chin Tsai mengusulkan pertanyaan di Persidangan Pertama Penggal Keempat, Dewan Undangan Negeri (DUN) ke-14; berhubung masalah banjir di kawasan Temiang.

Ng mencadangkan kepada Kerajaan Negeri Sembilan agar membina sebuah kolam takungan air di kawasan Temiang supaya air hujan dapat disalurkan ke dalam kolam tersebut sebelum ia mengalir masuk ke Sungai temiang yang cetek.

“Ini adalah kerana kedalaman longkang konkrit yang selari dengan Sungai Temiang di depan Sekolah Temiang adalah cetek, dan tidak dapat menanggung kuantiti air hujan yang banyak semasa hujan lebat.

“Pembinaan satu kolam takungan air di Temiang boleh mengurangkan masalah banjir di Temiang,” kata Ng.

Foto: Nabil Syafiq

Perkongsian berita dengan portal NegeriKita.org

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Komuniti

Kongsikan Artikel IniTAMPIN, 16 Okt – Hujung minggu ini, Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun dimulakan dengan program bersama rakyat ditemani isteri...

Negeri

Kongsikan Artikel IniSEREMBAN, 13 Okt – Seramai 53 penjawat awam di Negeri Sembilan yang masih belum menerima vaksin Covid-19 mempunyai masa hingga hujung bulan...

Negeri

Kongsikan Artikel IniKUALA TERENGGANU, 13 Okt – Pembinaan sungai tiruan bagi meminimumkan masalah banjir yang sering melanda daerah Kemaman akan dimulakan awal Januari 2022....

Negeri

Kongsikan Artikel IniSEREMBAN, 12 Okt – Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun petang tadi mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Perlembagaan di Wisma Negeri,...

Copyright © 2021 Media Rania