Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Nasional

Hayati 88 Tahun Perjuangan ATM Menabur Bakti Demi Negara – Presiden PVPNM

Kongsikan Artikel Ini

PORT DICKSON, 16 Sep – Jasa dan sumbangan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) buat ibu pertiwi tidak ternilai harganya dalam usaha berterusan perwira negara mempertahankan kedaulatan negara.

Dalam perutusan sempena ulang tahun ATM ke-88 hari ini, Presiden Pertubuhan Veteran Perwira Negara Malaysia (PVPNM), Dato’ Halim Khomiza menyeru agar sambutan tahun ini wajar dihayati seluruh anggota perkhidmatan termasuk para veteran yang pernah berkhidmat mencurah bakti kepada negara.

Menurutnya, ATM telah menjadi benteng pertahanan utama kepada negara daripada anasir-anasir luar yang cuba mencabuli kedaulatan negara.

“Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ATM kerana menjadi barisan hadapan dengan mengorban masa dan tenaga dalam membendung penularan pandemik Covid-19 ini,” ujar beliau menerusi kenyataan media yang disiarkan di laman Facebook rasminya hari ini.

Beliau menyeru agar semua pihak menghayati dan menghargai pengorbanan ATM demi keselamatan dan keamanan negara.

– MEDIA RANIA

 

Selamat Menyambut Hari Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Ke-88

Saya dan Pertubuhan Veteran Perwira Negara Malaysia (PVPNM) ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat Hari ATM ke-88 kepada seluruh warga ATM termasuk veteran dan semua yang pernah berkhidmat dengan ATM.

ATM telah menjadi benteng pertahanan utama kepada negara Malaysia daripada anasir-anasir luar yang cuba mencabuli kedaulatan negara ini.

Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ATM kerana menjadi barisan hadapan dengan mengorban masa dan tenaga dalam membendung penularan pandemik Covid-19 ini.

Sama-samalah kita hayati dan hargai pengorbanan ATM demi keselamatan dan keamanan negara tercinta.

Terima Kasih.

Dato’ Halim Khomiza
Presiden
Pertubuhan Veteran Perwira Negara Malaysia (PVPNM)

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Politik

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 16 Okt – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata, pihaknya akan meminta Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi kerjasama...

Nasional

Kongsikan Artikel IniKenyataan Media 16 Oktober 2021 Saya ucap terima kasih atas kesediaan serta pengiktirafan dari YAB Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob dan kerajaan...

Nasional

Kongsikan Artikel IniKerajaan mungkin tidak akan mewajibkan vaksinasi Covid-19, tetapi mereka yang menolak untuk divaksinasi akan berdepan dengan kehidupan yang sukar, kata Menteri Kesihatan...

Ekonomi

Kongsikan Artikel Ini1. Tan Sri Mohd Nor dilantik sebagai Pengerusi TH semasa saya menjadi Menteri yang bertanggungjawab ke atas TH mulai tahun 2018. Latarbelakang...

Copyright © 2021 Media Rania