Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Negeri

Dua Dikhuatiri Maut, Empat Selamat Di Penampang

Kongsikan Artikel Ini

PENAMPANG, 15 Sep – Dua maut termasuk seorang kanak-kanak berusia lima tahun dalam kejadian tanah runtuh di Forest Hill, Bundusan, dekat sini petang tadi.

Mangsa yang meninggal dunia ialah Salmah Hamid, 25, dan Rosatima Asbirin.

Bagaimanapun, empat lagi mangsa ditemukan selamat dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang itu.

Mereka yang terselamat ialah Risdah Jabin, 22, bersama tiga kanak-kanak termasuk seorang bayi iaitu Juliana Zulazmil yang berusia satu tahun, Norsirah Asbirin, 3, serta Dayana Zulazmil, lapan bulan.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah, Misran Bisara berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berkaitan kejadian itu pada jam 3.57 petang.

“Kejadian tanah runtuh ini membabitkan enam mangsa. Dua mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan,

“Maklumat akan dikemas kini dari semasa ke semasa,” katanya hari ini.

Misran berkata, punca kejadian dan maklumat lain seperti hubungan mangsa masih dalam siasatan.

Katanya, hujan lebat yang berterusan sejak 12.30 tengah hari menyebabkan beberapa kejadian tanah runtuh dan banjir di sekitar Penampang dan Kota Kinabalu hari ini.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Politik

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 16 Okt – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata, pihaknya akan meminta Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi kerjasama...

Komuniti

Kongsikan Artikel IniTAMPIN, 16 Okt – Hujung minggu ini, Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun dimulakan dengan program bersama rakyat ditemani isteri...

Nasional

Kongsikan Artikel IniKenyataan Media 16 Oktober 2021 Saya ucap terima kasih atas kesediaan serta pengiktirafan dari YAB Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob dan kerajaan...

Nasional

Kongsikan Artikel IniSHAH ALAM, 14 Okt – Kerja penambahbaikan dan penyenggaraan aset kritikal di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1 (LRA SSPI)...

Copyright © 2021 Media Rania