Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Jenayah

Dr Wan Azizah Gesa Percepat Nyah Jenayah Cubaan Bunuh Diri

Kongsikan Artikel Ini

Kenyataan Media

Saya menyambut baik jawapan bertulis YAB Perdana Menteri bahawa Pejabat Peguam Negara sedang menimbang cadangan untuk tidak lagi menjadikan percubaan membunuh diri sebagai satu jenayah di bawah Kanun Keseksaan.

Walau bagaimanapun, saya menggesa Kerajaan supaya mengemukakan cadangan tersebut kepada Parlimen secepat mungkin, selewat-lewatnya pada persidangan Parlimen yang akan datang, iaitu penggal kelima Parlimen ke-14, atas tiga sebab utama.

Pertama ialah kerana kes penyakit mental telah menjadi semakin runcing pada waktu ini berikutan pandemik COVID-19 yang menyebabkan tekanan yang cukup besar kepada kehidupan rakyat secara amnya.

Kedua ialah individu yang cuba membunuh diri sewajarnya tidak dihukum, sebaliknya mereka perlu diberi rawatan bagi mengatasi isu kecelaruan mental mereka, sesuai dengan strategi mencegah, memulih dan merawat.

Sebab ketiga pula ialah cadangan ini telah pun dibincang lebih dua tahun lalu, dan diputuskan pada waktu itu supaya Jabatan Peguam Negara mengkaji cadangan untuk mengeluarkan cubaan bunuh diri daripada Kanun Keseksaan.

Ini merupakan salah satu daripada lima perkara utama yang diputuskan dalam satu mesyuarat yang saya pengerusikan pada Jun 2019, semasa saya diamanahkan sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, bagi membincang isu-isu kesejahteraan mental yang semakin membimbangkan.

Mesyuarat tersebut juga telah memutuskan supaya Oktober diisytihar sebagai bulan kesedaran isu kesejahteraan mental bagi menghapuskan stigma masalah mental, dan saya berharap ia akan disambut pada bulan hadapan.

Bulan kesedaran pada bulan Oktober ini boleh dijadikan sebagai satu platform bagi memperolehi input-input daripada pemegang-pemegang taruh supaya Jabatan Peguam Negara boleh menyiapkan cadangan pindaan undang-undang berkaitan hal ini untuk dikemukakan semasa sidang penggal kelima Parlimen ke-14.

DR WAN AZIZAH DR WAN ISMAIL
Ahli Parlimen Pandan
15 September 2021

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Nasional

Kongsikan Artikel IniKenyataan Media 16 Oktober 2021 Saya ucap terima kasih atas kesediaan serta pengiktirafan dari YAB Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob dan kerajaan...

Ekonomi

Kongsikan Artikel IniPolis telah membuka kertas siasatan dan merakam percakapan pengadu bagi dua laporan berkaitan Kertas Pandora. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Abd Jalil Hassan...

Nasional

Kongsikan Artikel IniKerajaan mungkin tidak akan mewajibkan vaksinasi Covid-19, tetapi mereka yang menolak untuk divaksinasi akan berdepan dengan kehidupan yang sukar, kata Menteri Kesihatan...

Jenayah

Kongsikan Artikel IniIsu Pandora Papers yang hangat diperkatakan sehingga ke Parlimen telah mendedahkan aktiviti ‘offshore tax haven’ yang merangkumi bukan sahaja pegangan saham, tetapi...

Copyright © 2021 Media Rania