Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Sukan

UCL – Milan Akan Menderita Jika Salah Gagal Dikawal

Kongsikan Artikel Ini

MILAN, 14 Sep – Bekas pemain AC Milan, Alberto Gilardino percaya bekas kelabnya itu perlu mematikan langkah Mohamed Salah sekiranya mahu meraih keputusan positif ketika menentang gergasi Eropah, Liverpool dalam aksi Liga Juara-Juara (UCL) di Anfield, awal pagi Khamis.

Menurutnya, Salah akan memberikan banyak perbezaan dalam perlawanan tersebut apatah lagi berada pada tahap terbaik dengan meledak tiga gol dan dua bantuan gol untuk Liverpool dalam empat perlawanan Liga Perdana Inggeris (PL) musim ini.

Ini akan menjadi perlawanan yang amat sukar buat Milan selepas mereka kembali ke pentas Liga Juara-Juara. Namun, menentang Liverpool di Anfield tidak mudah.

Milan akan menderita, saya mampu membayangkannya dengan Salah akan jadi pemain yang perlu ditakutkan dalam perlawanan itu. Milan harus mengawal Salah sekiranya mahu seri atau menang di Anfield. Dia (Salah) berada pada tahap terbaiknya ketika ini.

Milan bukan pasukan pilihan tetapi saya fikir mereka juga mampu untuk memberikan masalah buat Liverpool. Milan akan bersaing tetapi sekali lagi apa yang paling saya takuti adalah Salah dan saya tahu kualiti yang dimilikinya, katanya.

AC Milan akan membuat kemunculan semula ke saingan tertinggi benua itu selepas lapan tahun selain perlawanan itu akan menjadi umpama perlawanan ulangan final Liga Juara-Juara yang dimenangi Liverpool pada 2005 di Istanbul sebelum Milan membalas kembali dua tahun kemudian dengan memenanginya di Athens.

Bagaimanapun, Gilardino percaya pengendali Milan, Stefano Pioli mempunyai cara untuk menghadapi tekanan daripada Liverpool dan cuba meraih keputusan positif di Anfield.

Stefano Pioli adalah jurulatih saya di Bologna dan hari ini dia memiliki lebih banyak pengalaman.

Saya yakin dia akan tahu bagaimana menghadapi intensiti tinggi Liverpool dan memberikan masalah kepada mereka, katanya.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Sukan

Kongsikan Artikel IniLIVERPOOL, 18 Sep – Liverpool merampas kedudukan teratas Liga Perdana Inggeris (PL) selepas menewaskan Crystal Palace 3-0 di Anfield, sebentar tadi. Sadio...

English

Kongsikan Artikel IniLIVERPOOL, 18 Sep – Sadio Mané had long since assumed his place in Liverpool history. He was a scorer in one Champions...

Sukan

Kongsikan Artikel IniLIVERPOOL, 18 Sep – Jurgen Klopp memberi amaran buat anak-anak buahnya bahawa Liverpool tidak boleh mempersia-siaka peluang untuk meraih mata jika ingin...

Sukan

Kongsikan Artikel IniLONDON, 18 Sep – Adakah Hammers mampu kejutkan ‘kelab dua pengurus’ seperti mana yang dilakukan Young Boys dalam kempen Liga Juara-Juara Eropah...

Copyright © 2021 Media Rania