Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Sukan

PL – Salah Hanya Perlu 20 Gol Lagi Pintas Steven Gerrard

Kongsikan Artikel Ini

LIVERPOOL, 14 Sep – Selepas memenangi Liga Juara-Juara Eropah (UCL) pada 2019 dan Liga Perdana Inggeris (PL) musim berikutnya, Mohamed Salah melakar satu lagi sejarah dalam kariernya bersama Liverpool apabila kini menjadi ahli kelab 100 gol eksklusif PL.

Penyerang antarabangsa Mesir itu menyumbat gol ke-100 ketika The Reds menewaskan Leeds United 3-0 di Elland Road Ahad lalu dan menjadi pemain ke-30 mencatat rekod terbabit sejak penjenamaan semula divisyen satu itu pada 1992.

Sebanyak 98 gol dijaringkan olehnya bersama Liverpool, manakala dua lagi ketika bersama Chelsea.

Pemain yang digelar ‘Raja Mesir’ itu memintas Matt Le Tissier yang menamatkan kariernya dengan 100 gol dan kini hanya memerlukan 20 gol lagi untuk memintas catatan bekas kapten yang juga lagenda Liverpool, Steven Gerrard.

Namun, masih lagi jauh untuk menewaskan penjaring terbanyak sepanjang zaman, Alan Shearer yang meledak 260 gol, sementara Harry Kane berkelebihan 66 gol di hadapannya.

Dia tetap menjadi pemain kelima terpantas meledak 100 gol apabila pemain berusia 29 tahun itu hanya memerlukan 162 perlawanan.

Catatan itu meletakkan dia di belakang Thierry Henry yang menjaringkan gol ke-100 dalam 160 perlawanan.

Sergio Aguero memerlukan kurang 13 perlawanan apabila dia meraih gol ke-100 pada penampilan ke-147.

Fakta itu meninggalkan Kane dan Shearer di tempat dua teratas – Kane memerlukan 141 perlawanan sementara 100 gol Shearer hanya dalam 124 perlawanan.

– AGENSI

Pemain terpantas melakar 100 gol di EPL

1. Alan Shearer (Newcastle) – 124 perlawanan

2. Harry Kane (Tottenham) – 141 perlawanan

3. Sergio Aguero (Manchester City) – 147 perlawanan

4. Thierry Henry (Arsenal) – 160 perlawanan

5. Mohamed Salah (Liverpool) – 162 perlawanan

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Sukan

Kongsikan Artikel IniLIVERPOOL, 18 Sep – Liverpool merampas kedudukan teratas Liga Perdana Inggeris (PL) selepas menewaskan Crystal Palace 3-0 di Anfield, sebentar tadi. Sadio...

English

Kongsikan Artikel IniLIVERPOOL, 18 Sep – Sadio Mané had long since assumed his place in Liverpool history. He was a scorer in one Champions...

Sukan

Kongsikan Artikel IniLIVERPOOL, 18 Sep – Jurgen Klopp memberi amaran buat anak-anak buahnya bahawa Liverpool tidak boleh mempersia-siaka peluang untuk meraih mata jika ingin...

Sukan

Kongsikan Artikel IniLONDON, 18 Sep – Adakah Hammers mampu kejutkan ‘kelab dua pengurus’ seperti mana yang dilakukan Young Boys dalam kempen Liga Juara-Juara Eropah...

Copyright © 2021 Media Rania