Negeri

Persimpangan Bandar Country Homes Tutup 2 Minggu – Wei Kiat

Kongsikan Artikel Ini

RAWANG, 14 Sep – Demi keselesaan masa depan, perancangan awal dan pelaksanaan mesti dilakukan sekarang.

Keputusan menutup sebahagian persimpangan jalan Bandar Country Homes (BCH) di sini selama dua minggu bermula Isnin lalu bagi kerja naik taraf, bakal memberi kemudahan jangka panjang buat pengguna jalan raya.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rawang, Chua Wei Kiat, laluan terlibat adalah jalan masuk ke BCH dari Rawang yang perlu membuat pusingan U di persimpangan Jalan Taman Velox.

Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Selangor itu menambah, pengguna dari BCH ke Kundang pula perlu membuat pusingan U di persimpangan Jalan Sungai Bakau.

“Pengguna juga boleh menggunakan jalan alternatif persimpangan Aeon Anggun untuk ke BCH manakala untuk ke Kundang boleh melalui persimpangan Saujana Rawang,” katanya pada Selasa.

Pada masa sama katanya, kontraktor telah membuka sebahagian jalan baharu B27 bagi kegunaan pengguna jalan raya.

Jalan alternatif yang dicadangkan ialah sekiranya dari bandar Rawang Ke BCH, gunakan Persimpangan AEON Anggun manakala bagi pengguna dari BCH Ke Kundang, menggunakan Persimpangan Saujana Rawang.

Beliau menasihatkan pengguna berhati-hati melalui jalan tersebut yang sedang dalam kerja-kerja pembinaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Komuniti

Kongsikan Artikel IniTAMPIN, 16 Okt – Hujung minggu ini, Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun dimulakan dengan program bersama rakyat ditemani isteri...

Negeri

Kongsikan Artikel IniSEREMBAN, 13 Okt – Seramai 53 penjawat awam di Negeri Sembilan yang masih belum menerima vaksin Covid-19 mempunyai masa hingga hujung bulan...

Negeri

Kongsikan Artikel IniKUALA TERENGGANU, 13 Okt – Pembinaan sungai tiruan bagi meminimumkan masalah banjir yang sering melanda daerah Kemaman akan dimulakan awal Januari 2022....

Negeri

Kongsikan Artikel IniSEREMBAN, 12 Okt – Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun petang tadi mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Perlembagaan di Wisma Negeri,...

Copyright © 2021 Media Rania

Exit mobile version