Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Nasional

MoU: Rakyat Jadi Saksi Sejauh Mana Ikhlasnya Umno

Kongsikan Artikel Ini

PULAU PINANG, 14 Sep – Sejarah tercipta apabila memorandum persefaham (MoU) antara kerajaan dan Pakatan Harapan termeterai semalam, bagaimanapun timbul pelbagai reaksi dalam kalangan penyokong kedua-dua pihak.

Menurut Pengarah Komunikasi AMANAH Pulau Pinang, Dr Zaidi Zakaria sekarang ini rakyat akan menjadi saksi sejauhmana ketelusan kerajaan PN khususnya perdana menteri dan Umno itu sendiri.

Bagi Zaidi, beliau melihat sejarah Umno yang lebih 60 tahun memerintah tidak pernah memandang pembangkang sebagai penting di dalam politik negara apatah lagi untuk membuat rundingan kerjasama.

“Kerajaan PN, khususnya PM dan Umno, tentunya untuk pastikan mereka kekal berkuasa; 114 atau 115 (yang beri sokongan melalui SD kepada YDPA) belum tentu tetap pendirian menyokong jika ada undi percaya kepada PM.

“Jelas, kerana kedudukan yang tidak stabil, undi majoriti amat tipis, inilah yang mendorong mereka tandatangan MoU atau CSA,” kata beliau.

Di pihak pembangkang khususnya PH, kata beliau jelas juga mereka mengambil kesempatan ini ke atas kedudukan perdana menteri yang goyah untuk merealisasikan beberapa matlamat politik mereka.

“Pembangkang 105, dan khususnya PH 92, amat sukar untuk mendapat sokongan tidak menyokong undi percaya kepada PM.

“PH/Pembangkang juga “tiada apa” yang boleh mereka lakukan jika PM/Umno PN melanggar perjanjian, atau tidak menepati janji MoU/CSA tersebut,”katanya.

Beliau membayangkan kemungkinan kerajaan Ismail Sabri dan Umno melanggar perjanjian atau merancang muslihat untuk menipu PH khususnya sangat tinggi.

Tambahnya, terutama selepas perkara utama mereka tercapai iaitu tidak berlaku undi percaya dan RUU Perbekalan diluluskan di Parlimen.

“Mereka boleh lakukan macam-macam propaganda sebab mereka langgar perjanjian.

“Dan “tiada apa” yang PH boleh lakukan untuk memaksa mereka kembali kepada perjanjian, kerana PH tidak cukup nombor!.

“Yang PH boleh lakukan, “mengadu” kepada rakyat betapa PM/Umno/PN melanggar perjanjian. Dengan harapan, Rakyat menghukum mereka dalam PRU5. Rakyat sebagai saksi,” katanya.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Nasional

Kongsikan Artikel IniKuala Lumpur 18 Sep – Penyertaan bekas pemimpin pelajar dan aktivis Adam Adli ke dalam PKR bersama 19 yang lain mencetus perhatian...

Nasional

Kongsikan Artikel IniHukuman penjara minimum satu hari penjara yang diperuntukkan dalam Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta SPRM 2009) perlu dikaji dan disemak...

Nasional

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 17 Sep – Kemajuan pembangunan kesejagatan tidak seharusnya terpisah dari asas akhlak yang menekankan soal keadilan, kata Presiden Parti Keadilan...

Nasional

Kongsikan Artikel IniPendapat Meskipun kelihatan seperti rapuh, satu gencatan politik yang bersejarah telah dimeterai di Malaysia, sekurang-kurangnya ia memberi masa sehingga pertengahan tahun depan....

Copyright © 2021 Media Rania