Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Politik

Mengapa Parlimen Tangguh Pelantikan Timbalan Speaker?

Kongsikan Artikel Ini

KUALA LUMPUR, 14 Sep – Pemilihan seorang Timbalan Speaker Dewan Rakyat yang baharu ditangguhkan secara sebulat suara di Dewan Rakyat, hari ini.

Usul dibentang Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar pada sidang Dewan Rakyat hari ini dipersetujui suara majoriti Ahli Dewan.

“Peraturan mesyuarat 90(2) dengan persetujuan Yang Dipertua, saya mengemukakan usul untuk menghentikan peraturan mesyuarat 6 iaitu bagi menangguhkan pemilihan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat seperti perkara nombor satu yang sudah tertera dalam aturan urusan mesyuarat dan usul hari ini ke mesyuarat kedua penggal keempat Parlimen ke-14,” katanya.

Usul itu disokong Ahli Parlimen Arau yang juga Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kasim.

Bagaimanapun, Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin bangkit meminta penjelasan kenapa usul itu dibentang dan alasan penangguhan pelantikan Timbalan Speaker.

“Ada kekosongan Timbalan Speaker dan banyak urusan Parlimen dengan Titah Diraja, RMK-12 (Rancangan Malaysia ke-12) dan Bajet sehingga Disember, kerja sangat berat kepada Speaker dan Timbalan Speaker.

“Banyak urusan di dewan, kita nak ‘reform’ Parlimen, tetapi kalau hanya Speaker dan Timbalan Speaker, kasihan banyak kerja.

“Pilih sesiapa (Timbalan Speaker) yang diusulkan biarlah Parlimen boleh bergerak bersama-sama,” katanya.

Dr Wan Junaidi menjelaskan, alasan penangguhan kerana pihaknya mahu meminda Perlembagaan Persekutuan untuk membolehkan bilangan Timbalan Speaker ditambah kepada tiga orang.

Pemilihan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat yang baharu adalah antara tumpuan persidangan Parlimen hari ini.

Untuk rekod, jawatan itu kosong selepas Datuk Seri Azalina Othman Said meletak jawatan pada 23 Ogos lalu.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Politik

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 16 Okt – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata, pihaknya akan meminta Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi kerjasama...

Nasional

Kongsikan Artikel IniKenyataan Media 16 Oktober 2021 Saya ucap terima kasih atas kesediaan serta pengiktirafan dari YAB Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob dan kerajaan...

Nasional

Kongsikan Artikel IniSHAH ALAM, 14 Okt – Kerja penambahbaikan dan penyenggaraan aset kritikal di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1 (LRA SSPI)...

Politik

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 12 Okt – Dewan Rakyat menolak usul daripada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membahaskan isu Pandora Papers yang...

Copyright © 2021 Media Rania