Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Politik

Mengapa Parlimen Tangguh Pelantikan Timbalan Speaker?

Kongsikan Artikel Ini

KUALA LUMPUR, 14 Sep – Pemilihan seorang Timbalan Speaker Dewan Rakyat yang baharu ditangguhkan secara sebulat suara di Dewan Rakyat, hari ini.

Usul dibentang Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar pada sidang Dewan Rakyat hari ini dipersetujui suara majoriti Ahli Dewan.

“Peraturan mesyuarat 90(2) dengan persetujuan Yang Dipertua, saya mengemukakan usul untuk menghentikan peraturan mesyuarat 6 iaitu bagi menangguhkan pemilihan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat seperti perkara nombor satu yang sudah tertera dalam aturan urusan mesyuarat dan usul hari ini ke mesyuarat kedua penggal keempat Parlimen ke-14,” katanya.

Usul itu disokong Ahli Parlimen Arau yang juga Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kasim.

Bagaimanapun, Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin bangkit meminta penjelasan kenapa usul itu dibentang dan alasan penangguhan pelantikan Timbalan Speaker.

“Ada kekosongan Timbalan Speaker dan banyak urusan Parlimen dengan Titah Diraja, RMK-12 (Rancangan Malaysia ke-12) dan Bajet sehingga Disember, kerja sangat berat kepada Speaker dan Timbalan Speaker.

“Banyak urusan di dewan, kita nak ‘reform’ Parlimen, tetapi kalau hanya Speaker dan Timbalan Speaker, kasihan banyak kerja.

“Pilih sesiapa (Timbalan Speaker) yang diusulkan biarlah Parlimen boleh bergerak bersama-sama,” katanya.

Dr Wan Junaidi menjelaskan, alasan penangguhan kerana pihaknya mahu meminda Perlembagaan Persekutuan untuk membolehkan bilangan Timbalan Speaker ditambah kepada tiga orang.

Pemilihan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat yang baharu adalah antara tumpuan persidangan Parlimen hari ini.

Untuk rekod, jawatan itu kosong selepas Datuk Seri Azalina Othman Said meletak jawatan pada 23 Ogos lalu.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Negeri

Kongsikan Artikel IniPORT DICKSON, 17 Sep – Status pemulihan bagi Negeri Sembilan dijangka dapat diputuskan seminggu lagi sekiranya tidak berlaku lonjakan kes Covid-19 dalam...

Nasional

Kongsikan Artikel IniMIRI, 17 Sep – Kerajaan digesa membuat penilaian terhadap masalah kekurangan fasiliti kesihatan dan pakar perubatan di Sabah dan Sarawak, kata Ahli...

Nasional

Kongsikan Artikel IniSEREMBAN, 16 Sep – Jasa dan pengorbanan perwira dalam mempertahankan kedaulatan negara tidak pernah dilupakan. Bersempena sambutan Hari Angkatan Tentera Malaysia (ATM)...

Nasional

Kongsikan Artikel IniWANGSA MAJU, 16 Sep – Nikmat perayaan Hari Malaysia wajar disemarakkan dengan iltizam reformasi membina semula negara. Jelas Naib Pengerusi Majlis Pimpinan...

Copyright © 2021 Media Rania