Politik

Guna Logo KEADILAN Pastikan Capai Kemenangan PH – Cabang Kubang Pasu

Kongsikan Artikel Ini

ALOR SETAR, 14 Sep – Kemenangan bersejarah Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) menggunakan satu logo tidak mustahil diulangi sekiranya PH sepakat menggunakan logo Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN).

Jelas Ketua Cabang KEADILAN Kubang Pasu, Nasrul Omar Che Mansor, logo KEADILAN merupakan satu jenama inklusif yang telah dikenali lebih 22 tahun sejak penubuhannya pada 4 April 1999.

“Logo KEADILAN yang digunakan semua parti komponen PH dalam PRU-14 merupakan faktor utama kemenangan dan berjaya menumbangkan Umno dan Barisan Nasional (BN),” katanya menerusi satu kenyataan media yang disiarkan sebentar tadi.

Menurut beliau yang juga Naib Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) KEADILAN Kedah, mewakili kepimpinan cabang dengan ikhlas hati berpendapat bahawa logo KEADILAN hendaklah digunakan dalam PRU-15 bagi membentuk sokongan melangkau sempadan agama dan bangsa.

Kenyataan media pimpinan KEADILAN Cabang Kubang Pasu menyusul selepas KEADILAN Cabang Kota Bharu, Kelantan menzahirkan pendirian serupa, semalam.

Malah MPN Perlis dalam kenyataan media semalam juga berpendapat logo KEADILAN memikat rakyat dan berjaya memacu kemenangan PH kira-kira tiga tahun lalu.

– MEDIA RANIA

KENYATAAN MEDIA

Mewakili Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Cabang Kubang Pasu, kami menggesa supaya logo dan bendera KEADILAN digunakan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) yang akan datang atas semangat dan prinsip reformasi yang telah digariskan.

Penggunaan logo KEADILAN adalah perlu bagi mencapai kemenangan Pakatan Harapan (PH) untuk kali kedua sejak PRU-14, Mei 2018 lalu dan atas faktor berikut:

1. Lambang KEADILAN menjadi satu simbol perjuangan tulen rakyat yang mahukan kerajaan yang bersih, berintigriti dan menjunjung prinsip-prinsip demokrasi.

2. Logo KEADILAN merupakan satu jenama inklusif yang telah dikenali lebih 22 tahun sejak penubuhannya pada 4 April 1999.

3. Penjenamaan slogan “KEADILAN Untuk Semua” merentas perbezaan kaum dan agama adalah bukti KEADILAN platform terbaik buat seluruh rakyat Malaysia..

4. Logo KEADILAN yang digunakan semua parti komponen PH dalam PRU-14 merupakan faktor utama kemenangan dan berjaya menumbangkan Umno dan Barisan Nasional (BN).

Justeru Cabang Kubang Pasu dengan ikhlas hati berpendapat bahawa logo KEADILAN hendaklah digunakan dalam PRU-15 bagi membentuk sokongan melangkau sempadan agama dan bangsa.

Bertarikh 14 September 2021.

Haji Nasrul Omar Che Mansor
Naib Pengerusi MPN KEADILAN Kedah
Ketua Cabang KEADILAN Kubang Pasu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Politik

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 16 Okt – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata, pihaknya akan meminta Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi kerjasama...

Nasional

Kongsikan Artikel IniKenyataan Media 16 Oktober 2021 Saya ucap terima kasih atas kesediaan serta pengiktirafan dari YAB Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob dan kerajaan...

Nasional

Kongsikan Artikel IniSHAH ALAM, 14 Okt – Kerja penambahbaikan dan penyenggaraan aset kritikal di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1 (LRA SSPI)...

Politik

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 12 Okt – Dewan Rakyat menolak usul daripada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membahaskan isu Pandora Papers yang...

Copyright © 2021 Media Rania

Exit mobile version