Nasional

Anwar: Tidak Boleh Lagi Ada Alasan Lengahkan Undi 18

Kongsikan Artikel Ini

Kuala Lumpur 14 Sep – Seharusnya tiada apa alasan lagi di pihak kerajaan mahupun Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung pelaksanaan had kelayakan mengundi untuk anak muda yang berusia 18 tahun.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, jika Ahli-ahli Parlimen Umno menyokong usul undi 18 tahun itu, maka tiada masalah untuk memperolehi sokongan majoriti.

“Sebenarnya isu ini tak perlu ke mahkamah. Mahkamah itu digunakan kerana tahu sikap kerajaan berdolak dalih melengahkan.

“Cadangan pada Disember atau kalau nak diteliti dan dicerakinkan, saya tak ada masalah jika ditangguhkan beberapa bulan selepas itu asalkan ianya dibuat pada suku pertama tahun depan.

“Pada peringkat awal, macam-macam kerenah SPR. Kalau lima, atau enam bulan awal pada 2020 tak apa. Tapi kalau sekarang, saya tak fikir ada alasan apa pun untuk melengahkannya,” katanya dalam persidangan Dewan Rakyat petang ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Nasional

Kongsikan Artikel IniKenyataan Media 16 Oktober 2021 Saya ucap terima kasih atas kesediaan serta pengiktirafan dari YAB Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob dan kerajaan...

Nasional

Kongsikan Artikel IniKerajaan mungkin tidak akan mewajibkan vaksinasi Covid-19, tetapi mereka yang menolak untuk divaksinasi akan berdepan dengan kehidupan yang sukar, kata Menteri Kesihatan...

Ekonomi

Kongsikan Artikel Ini1. Tan Sri Mohd Nor dilantik sebagai Pengerusi TH semasa saya menjadi Menteri yang bertanggungjawab ke atas TH mulai tahun 2018. Latarbelakang...

Nasional

Kongsikan Artikel IniKementerian Pendidikan digesa menyiasat pendedahan ibu bapa pelajar Tingkatan 2 sebuah sekolah menengah di Kuala Lumpur apabila satu video seks muncul di...

Copyright © 2021 Media Rania

Exit mobile version