Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Agama

Aminuddin Pimpin Ikrar Syahadah Saudara Baharu Peluk Agama Islam

Kongsikan Artikel Ini

SEREMBAN, 14 Sep – Hidayah itu sememangnya milik Allah SWT.

Kesudian Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun sendiri memimpin ikrar syahadah buat saudara Deva Jyoti a/l Subramaniam atau nama Islamnya, Abidin Qayyum bin Abdullah, petang tadi, amat disyukuri.

Hadir sama pada majlis ringkas lafaz syahadah memeluk agama Islam yang diadakan di Kediaman Rasmi Menteri Besar itu ialah Ustaz Ridzuan Awang, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS).

“Saya difahamkan bahawa Abidin Qayyum terbuka hati untuk melafazkan syahadah kerana tertarik dengan agama Islam. Menurutnya, hatinya terasa tenang apabila mendengar azan berkumandang.


“Saya dimaklumkan bahawa keluarga beliau maklum berkenaan keputusannya memeluk Islam, dan tidak menghalang tindakannya,” jelas Aminuddin menerusi kiriman terbaharu di Facebook beliau sebentar tadi.

Aminuddin turut berkesempatan menitip pesanan kepada Abidin Qayyum berkenaan perlunya berbakti kepada ibu bapa walaupun mereka berlainan agama.

“Mereka tetap darah daging beliau dan merupakan insan yang membesarkan beliau sejak kecil. Seharusnya Abidin Qayyum tetap menyayangi mereka dengan sepenuh hati dan mendoakan kesejahteraan mereka,” tambahnya lagi.

Beliau mendoakan semoga urusan saudara Abidin Qayyum dipermudahkan selepas ini insya-Allah.

– MEDIA RANIA

Foto: Facebook Menteri Besar Negeri Sembilan

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Agama

Kongsikan Artikel IniKUALA TERENGGANU, 18 Sep – Kutipan sampah di kawasan pantai di daerah ini melonjak 50 peratus kepada satu tan metrik dalam tempoh...

Negeri

Kongsikan Artikel IniPORT DICKSON, 17 Sep – Status pemulihan bagi Negeri Sembilan dijangka dapat diputuskan seminggu lagi sekiranya tidak berlaku lonjakan kes Covid-19 dalam...

Ekonomi

Kongsikan Artikel IniSHAH ALAM, 17 Sep – Menyedari masih ramai yang terkesan akibat penutupan sektor ekonomi terkait pandemik, Covid-19, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)...

Negeri

Kongsikan Artikel IniPENAMPANG, 15 Sep – Dua maut termasuk seorang kanak-kanak berusia lima tahun dalam kejadian tanah runtuh di Forest Hill, Bundusan, dekat sini...

Copyright © 2021 Media Rania