Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Nasional

TERKINI – Titah Agong Gamatkan Suasana Dewan Rakyat!

Kongsikan Artikel Ini

KUALA LUMPUR, 13 Sep – Suasana di dalam Dewan Rakyat menjadi gamat seketika sewaktu Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah selesai menyampaikan Titah Diraja.

Ia selepas baginda secara bersahaja bertitah bahawa pantun yang disampaikan boleh dijawab pada tahun depan.

“Kalau siapa nak jawab, tunggu tahun depan. Terima kasih semua, selamat bersidang,” titah baginda.

Ia diikuti dengan gelak tawa dan tepukan ahli Yang Berhormat di Dewan Rakyat.

Terdahulu, Al-Sultan Abdullah berkenan mengakhiri titah dengan pantun tiga rangkap:

“Dari Segamat ke Kota Tinggi,
“Hajat mulanya ke Kuala Pahang;
“Pada Yang Berhormat, ikhlaslah berbakti,
“Tidaklah rakyat gusar dan bimbang.

“Kalau memandang langit yang tinggi,
Jangan lupa rumput di bawah;
Berkerjalah Yang Berhormat sepenuh hati,
Martabatkan negara kembali bermaruah.

“Rempah halia digaul, diuli,
Buat ramuan nasi kebuli;
Sumpah setia ketaatan diberi,
Pertahankan negara dan ibu pertiwi.”

Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen ke-14 itu kemudiannya diakhiri dengan bacaan doa oleh Mufti Wilayah Persekutuan Dr Luqman Abdullah.

Persidangan kali ini dijangka memberi tumpuan kepada isu pemulihan negara susulan pandemik Covid-19 dan pembentangan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) selain usaha transformasi Parlimen.

Sidang Dewan Rakyat akan berlangsung selama 17 hari dan berakhir pada 12 Oktober manakala Dewan Negara menyambung persidangan dari 4 hingga 26 Oktober depan.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Nasional

Kongsikan Artikel IniKuala Lumpur 18 Sep – Penyertaan bekas pemimpin pelajar dan aktivis Adam Adli ke dalam PKR bersama 19 yang lain mencetus perhatian...

Nasional

Kongsikan Artikel IniHukuman penjara minimum satu hari penjara yang diperuntukkan dalam Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta SPRM 2009) perlu dikaji dan disemak...

Nasional

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 17 Sep – Kemajuan pembangunan kesejagatan tidak seharusnya terpisah dari asas akhlak yang menekankan soal keadilan, kata Presiden Parti Keadilan...

Nasional

Kongsikan Artikel IniPendapat Meskipun kelihatan seperti rapuh, satu gencatan politik yang bersejarah telah dimeterai di Malaysia, sekurang-kurangnya ia memberi masa sehingga pertengahan tahun depan....

Copyright © 2021 Media Rania