Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Antarabangsa

TERKINI – New Zealand Terus Lanjutkan Perintah Berkurung Di Auckland

Kongsikan Artikel Ini

WELLINGTON, 13 Sep – Kota raya terbesar New Zealand, Auckland akan kekal melaksanakan sekatan ketat COVID-19 dalam tempoh seminggu lagi memandangkan varian Delta masih lagi dilaporkan.

Perdana Menteri, Jacinda Ardern, hari ini berkata dua juta penduduk di bandar itu perlu mematuhi perintah tinggal di rumah kerana munculnya beberapa ‘kes misteri’ yang belum dapat dikaitkan dengan kluster yang ada.

“Kes-kes misteri ini masih ada dan kami menemuinya menerusi pengawasan dan saringan komuniti, bukannya secara pengesanan kontak, itu yang kami khuatirkan,” katanya.

Negara kambing biri-biri itu melaksanakan perintah sekatan pada 17 Ogos apabila kes pertama varian Delta yang sangat mudah tersebar ditemui di masyarakat.

Namun, arahan duduk di rumah ditamatkan di luar Auckland minggu lalu berikutan semua kes baru dilaporkan muncul di bandar itu.

Justeru, Ardern menolak untuk menamatkan perintah sekatan di Auckland sebelum 21 September tetapi menyatakan bandar itu kemudiannya harus berada pada tahap waspada terhadap sistem tindak balas coronavirus empat peringkat negara itu.

Sejumlah 33 kes komuniti baru dicatat di bandar itu semalam dan Ardern menyatakan bahawa beliau berhati-hati untuk menamatkan sekatan terlalu awal.

“Angka kes masih menakutkan dan ini terbukti dalam tiga hari lalu, namun tidak bermakna usaha kolektif di Auckland tidak membuat perbezaan,” katanya.

– AFP

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniSINGAPURA, 18 Sep – Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong pagi semalam menerima suntikan dos penggalak vaksin Covid-19 (dos ketiga) di Hospital...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniLONDON, 18 Sep – Rakyat Malaysia lengkap divaksin antara pengembara dari 17 negara dibenarkan memasuki UK tanpa perlu melalui syarat yang ditetapkan...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniPARIS, 18 Sep – Perancis memanggil pulang dutanya ke Amerika Syarikat (AS) dan Australia berkuatkuasa serta-merta, lapor Bloomberg awal pagi tadi. Paris...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniWASHINGTON, 18 Sep – Sekumpulan pakar perubatan Amerika Syarikat (AS) mengesyorkan kerajaan meluluskan dos penggalak vaksin COVID-19 keluaran Pfizer kepada individu berusia...

Copyright © 2021 Media Rania