Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Pendapat

Solat Jumaat Double Standard – Ismail Sabri Bakal Dihukum Rakyat!

Kongsikan Artikel Ini

PENDAPAT, 13 Sep – Kecoh satu negara apabila kita dihidangkan dengan kisah jelik orang kenamaan atau lebih popular dengan jolokan ‘kluster kayangan’ diberikan keutamaan memasuki masjid bagi menunaikan solat Jumaat tanpa perlu beratur panjang sebagaimana rakyat biasa.

Rakaman video yang mula tular pada Sabtu menunjukkan individu diiringi dua pengawal keselamatan tanpa sedikit pun merasa bersalah, meluru deras memasuki ruang Masjid Putra, Putrajaya tanpa perlu beratur seperti orang lain.

Berdasarkan apa dituturkan oleh individu yang merakam video itu, dia menyatakan bahawa rakyat biasa telah beratur sejak jam 12 tengah hari lagi namun belum dapat memasuki masjid berkenaan.

Perkara berkenaan mendapat perhatian warganet yang rata-rata menyatakan belas ihsan perlu diberikan kepada mereka yang tiba lebih awal lebih-lebih lagi yang beratur itu adalah mereka yang berusia.

Tidak kurang juga ada yang mempersoalkan mengapa kuota terlalu sedikit diperuntukkan oleh pihak pengurusan Masjid Putra iaitu 300 jemaah bagi solat Jumaat sedangkan rumah ibadat itu berkapasiti 15,000 jemaah pada satu-satu masa.

Semua sedia maklum, dalam keadaan negara berdepan dengan pandemik Covid-19, kehadiran jemaah ke masjid dihadkan atas faktor keselamatan.

Namun, berdasarkan kelonggaran kepada penerima dua dos vaksin seperti yang diumumkan kerajaan seawal Ogos lalu, antara perkara yang disenaraikan ialah aktiviti solat di masjid dan surau dibenarkan bagi penerima lengkap dua dos vaksin.

Sepatutnya pihak pengurusan mana-mana masjid yang mempunyai kapasiti besar membenarkan lebih ramai jemaah untuk hadir menunaikan solat Jumaat.

Sebenarnya klip video yang tular di Masjid Putra membuka mata rakyat betapa bobroknya tindakan ‘kayangan’ segelintir pengurusan masjid di negara ini membenarkan VVIP melakukan tindakan sesuka hati.

Sepatutnya lebih ramai jemaah turut dibenarkan bersolat tatkala negara merekodkan lebih 16,856,812 individu atau 51.6 peratus daripada populasi keseluruhan sudah melengkapkan dua dos suntikan pada Jumaat.

Namun naratif yang lebih besar ialah kegagalan Ismail Sabri Yaakob sendiri terus membendung amalan ‘double standard’ bakal dihukum rakyat terutama orang Islam dalam PRU akan datang.

Teruskan lagi Ismail Sabri, lebih banyak kisah double standard sebegini berkeliaran, lebih mudah rakyat membuat keputusan menghumban kerajaan tanpa mandat mereka sejak hampir dua tahun lalu.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Pendapat

Kongsikan Artikel IniPENDAPAT, 18 Sep – Menurut laporan media, Shafie Apdal menolak Memorandum Persefahaman (MOU) antara Pakatan Harapan dan kerajaan persekutuan dengan alasan tidak...

Pendapat

Kongsikan Artikel IniPendapat Tiada siapa sangka, Muhyiddin Yassin yang sudah meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri setelah hilang kepercayaan Parlimen untuk menjadi Perdana Menteri, telah...

Pendidikan

Kongsikan Artikel IniPENDAPAT, 17 Sep: Soalan No.1 : Adakah Pakatan Harapan (PH) telah menyerah kalah kepada kerajaan Ismail Sabri Yaakob apabila menandatangani Memorandum Persefahaman...

Pendapat

Kongsikan Artikel IniPendapat – Rasanya ramai yang tidak mengetahui bahawa di sebalik termetrainya MOU Transformasi dan Kestabilan Politik antara kerajaan dengan blok pembangkang PH...

Copyright © 2021 Media Rania