Hiburan

Mengapa Zarina Anjoulie Didakwa Di Mahkamah?

Kongsikan Artikel Ini

SEREMBAN, 13 Sep – Personaliti kontroversi tanah air, Zarina Anjoulie atau nama sebenarnya Zarina Anjoulie Mohamad Fahizul dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini, atas pertuduhan menggunakan dadah jenis Methamphetamine, Jun lalu.

Tertuduh yang berusia 34 tahun itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Majistret Mahyun Yusof.

Mengikut pertuduhan, selebriti yang mempunyai pengaruh di media sosial Instagram itu didakwa menggunakan dadah jenis Methamphetamine di sebuah rumah di Kampung Chalet di Nilai pada 29 Jun lalu.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda sehingga RM5,000 atau kedua-duanya.

Mahkamah bagaimanapun membenarkan tertuduh diikat jamin RM 2,000 dan menetapkan 24 September depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Zarina diwakili peguam Fadhli Sutris dan Ahmad Faiz Munawar.

Media sebelum ini melaporkan, pelakon kontroversi itu ditahan oleh sepasukan polis kerana disyaki terlibat dengan penyalahgunaan dadah di sebuah rumah di Kampung Chalet, Nilai.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintenden Mohd Fazley Ab Rahman berkata, wanita itu didapati positif dadah jenis methamphetamine dan dicekup sepasukan polis dari Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai yang membuat serbuan ke rumah berkenaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Ekonomi

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 2 Dis – Seorang pemimpin Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) mendesak kerajaan Sabah mendedahkan butiran penuh perjanjian karbon kontroversi yang telah...

Jenayah

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 2 Dis – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Wan Junaidi Tuanku Jaafar mengesahkan bahawa golongan berusia 18...

Jenayah

Kongsikan Artikel IniPUTRAJAYA, 2 Dis – Rosmah Mansor diperintahkan untuk hadir ke Mahkamah Rayuan pada Isnin ini bagi mengikuti prosiding rayuannya untuk menggugurkan Gopal...

Jenayah

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 1 Dis – Seorang individu yang dipercayai penyokong Johor Darul Ta’zim (JDT) tular di media sosial selepas kekalahan skuad Harimau...

Copyright © 2021 Media Rania

Exit mobile version