Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Antarabangsa

FBI Dedah Dokumen Ancaman Pengganas 9/11 Atas Arahan Biden

Kongsikan Artikel Ini

WASHINGTON, 13 Sep – Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) semalam, menyiarkan dokumen terbaharu setebal 16 halaman berkaitan sokongan logistik diberikan kepada dua daripada perampas pesawat warga Arab Saudi menjelang serangan pengganas pada 11 September 2001 lalu.

Dokumen terbabit mendedahkan hubungan perampas itu dengan rakan kerjasamanya di Amerika Syarikat (AS), namun tidak mengemukakan sebarang bukti pembabitan kerajaan Arab Saudi dalam merancang serangan.

Dokumen yang disiarkan sempena ulang tahun ke-20 serangan berkenaan adalah laporan penyiasatan pertama didedahkan sejak Presiden AS, Joe Biden mengarahkan kajian semula terhadap material yang bersesuaian untuk dikongsi kepada orang awam.

Biden berdepan tekanan daripada keluarga mangsa sejak beberapa minggu kebelakangan ini, yang sekian lama mencari rekod itu ketika mereka membuat tuntutan di mahkamah New York dengan mendakwa pegawai kanan Arab Saudi terbabit dalam serangan berkenaan.

Bagaimanapun, kerajaan Arab Saudi menafikan sejak dari awal pembabitan mereka.

Rabu lalu, Kedutaan Arab Saudi di Washington, berkata pihaknya menyokong pendedahan sepenuhnya semua rekod berkaitan dan melihat ia sebagai cara untuk ‘mengakhiri tuduhan tidak berasas terhadap kerajaan untuk selama-lamanya’.

Pihak kedutaan juga menjelaskan, setiap tuduhan mengaitkan ‘pembabitan Arab Saudi adalah benar-benar palsu’.

Minggu lalu, Biden mengarahkan Jabatan Kehakiman AS dan agensi lain melakukan semakan terhadap dokumen penyiasatan dan menyiarkan maklumat tertentu dibenarkan dalam tempoh enam bulan.

Dokumen itu dikeluarkan pada malam Sabtu, beberapa jam selepas Biden menghadiri acara peringatan 11 September di New York, Pennsylvania dan Virginia Utara.

Saudara-mara mangsa sebelum ini keberatan dan membantah kehadiran Biden pada upacara berkenaan selagi dokumen terbabit yang dianggap sulit tidak didedahkan.

Rekod yang disunting itu mendedahkan wawancara pada 2015 dengan seorang individu yang memohon kerakyatan AS dan pada tahun sebelumnya berulang kali berhubungan dengan warga Arab Saudi yang menurut penyiasat memberi ‘sokongan logistik yang signifikan’ kepada beberapa perampas.

– AGENSI

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniSINGAPURA, 18 Sep – Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong pagi semalam menerima suntikan dos penggalak vaksin Covid-19 (dos ketiga) di Hospital...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniLONDON, 18 Sep – Rakyat Malaysia lengkap divaksin antara pengembara dari 17 negara dibenarkan memasuki UK tanpa perlu melalui syarat yang ditetapkan...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniPARIS, 18 Sep – Perancis memanggil pulang dutanya ke Amerika Syarikat (AS) dan Australia berkuatkuasa serta-merta, lapor Bloomberg awal pagi tadi. Paris...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniWASHINGTON, 18 Sep – Sekumpulan pakar perubatan Amerika Syarikat (AS) mengesyorkan kerajaan meluluskan dos penggalak vaksin COVID-19 keluaran Pfizer kepada individu berusia...

Copyright © 2021 Media Rania