Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Antarabangsa

AWAS – Jepun Keluar Amaran Ancaman Pengganas Di Asia Tenggara!

Taro Kono, newly-appointed foreign minister of Japan, speaks during a news conference at the Prime Minister's official residence in Tokyo, Japan, on Thursday, Aug. 3, 2017. Japanese Prime Minister Shinzo Abe reshuffled his ministers and party officials after a slump in popularity and a humiliating local election defeat. Photographer: Tomohiro Ohsumi/Bloomberg
Kongsikan Artikel Ini

TOKYO, 13 Sep – Kerajaan Jepun mengeluarkan amaran kepada warganegaranya di Malaysia mengenai kemungkinan ancaman pengganas di Asia Tenggara menerusi kedutaannya di Malaysia.

Menurut laporan media, Kementerian Luar Jepun menasihatkan semua rakyatnya di Indonesia, Filipina, Singapura, Malaysia, Thailand dan Myanmar supaya mengelak berada berdekatan dengan kemudahan keagamaan dan kawasan sesak lain.

Seorang pegawai kedutaan ketika dihubungi berkata, nasihat itu dikeluarkan pagi ini kepada semua warga Jepun yang berada di Malaysia.

“Kami mengeluarkan nasihat itu selepas menerima arahan dari Tokyo,” katanya tanpa memperincikan lebih lanjut mengenai hal itu.

Pegawai itu berkata, buat masa ini ada kira-kira 31,000 warga Jepun tinggal di Malaysia.

Amaran itu memetik laporan perisikan dan kemungkinan berlaku serangan ke atas rumah ibadat dan tempat perhimpunan besar-besaran di rantau ini.

Bakal pemimpin Parti Liberal Demokratik (LDP), Taro Kono dipercayai telah dimaklumkan tentang perkembangan semasa ketika bakal perdana menteri itu bersiap sedia mengambil alih jawatan dari Yoshihide Suga bulan depan.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniSINGAPURA, 18 Sep – Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong pagi semalam menerima suntikan dos penggalak vaksin Covid-19 (dos ketiga) di Hospital...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniLONDON, 18 Sep – Rakyat Malaysia lengkap divaksin antara pengembara dari 17 negara dibenarkan memasuki UK tanpa perlu melalui syarat yang ditetapkan...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniPARIS, 18 Sep – Perancis memanggil pulang dutanya ke Amerika Syarikat (AS) dan Australia berkuatkuasa serta-merta, lapor Bloomberg awal pagi tadi. Paris...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniWASHINGTON, 18 Sep – Sekumpulan pakar perubatan Amerika Syarikat (AS) mengesyorkan kerajaan meluluskan dos penggalak vaksin COVID-19 keluaran Pfizer kepada individu berusia...

Copyright © 2021 Media Rania