Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Nasional

Anwar Harap Institusi Parlimen Dijunjung Ketika Menghadap Agong

Kongsikan Artikel Ini

KUALA LUMPUR, 13 Sep – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan harapan agar institusi Parlimen terus utuh dan dijunjung sebagai antara elemen penting demokrasi berparlimen dan negara hukum.

Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata demikian sempena Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama, Penggal Keempat Parlimen Ke-14 di Dewan Rakyat, hari ini.

Menerusi kemas kini di laman Facebook, Anwar turut memuat naik beberapa keping gambar beliau berkesempatan bertemu Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Bangunan Parlimen.

“Hari ini hadir ke Parlimen bagi Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen ke-14 yang dirasmikan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

“Semoga institusi Parlimen terus utuh dan dijunjung sebagai antara elemen penting demokrasi berparlimen dan negara hukum,” katanya dalam hantaran di Facebook, pada Isnin.

Terdahulu, Al-Sultan Abdullah tiba di Bangunan Parlimen bagi merasmikan Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen ke-14.

Keberangkatan tiba Seri Paduka pada 10 pagi disambut Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob; Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Rais Yatim dan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun.

Serentak dengan ketibaan Al-Sultan Abdullah, lagu Negaraku dimainkan sebelum Seri Paduka berangkat ke Bilik Rehat Diraja.

Titah Seri Paduka Baginda, lebih setahun berlalu, negara masih belum bebas sepenuhnya daripada pandemik dan menyebabkan rakyat dibelenggu dengan masa hadapan yang kelam.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Nasional

Kongsikan Artikel IniKuala Lumpur 18 Sep – Penyertaan bekas pemimpin pelajar dan aktivis Adam Adli ke dalam PKR bersama 19 yang lain mencetus perhatian...

Nasional

Kongsikan Artikel IniHukuman penjara minimum satu hari penjara yang diperuntukkan dalam Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta SPRM 2009) perlu dikaji dan disemak...

Nasional

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 17 Sep – Kemajuan pembangunan kesejagatan tidak seharusnya terpisah dari asas akhlak yang menekankan soal keadilan, kata Presiden Parti Keadilan...

Nasional

Kongsikan Artikel IniPendapat Meskipun kelihatan seperti rapuh, satu gencatan politik yang bersejarah telah dimeterai di Malaysia, sekurang-kurangnya ia memberi masa sehingga pertengahan tahun depan....

Copyright © 2021 Media Rania