Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Negeri

Aminuddin Zahir Setinggi Penghargaan Buat 13 Pesara SAINS Di Kediaman Rasmi Menteri Besar

Kongsikan Artikel Ini

SEREMBAN, 13 Sep – Kakitangan berdedikasi merupakan aset paling bernilai dalam sesebuah organisasi bagi menjamin kelancaran dan kelestarian sesebuah pentadbiran.

Ini dibuktikan sendiri Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun apabila menjemput dan menyampaikan sijil penghargaan kepada 13 orang pesara Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS) yang menerima respon positif dari rakyat di media sosial.

Majlis meraikan persaraan mereka diadakan secara ringkas namun penuh bermakna apabila dijemput sendiri Aminuddin bertempat di Kediaman Rasmi Menteri Besar, dekat sini, pagi tadi.

Aminuddin turut sudi bergambar bersama mereka di perkarangan kediamannya sebagai tanda kenangan menghargai sumbangan mereka kepada rakyat negeri ini.

“Untuk makluman, para pesara yang terlibat pada hari ini adalah pesara yang bersara antara bulan Januari hingga Jun 2021.

“Bermula tahun ini semua pesara menerima Bon Persaraan dalam bentuk Sijil Simpanan Premium Bank Simpanan Nasional (BSN),” ujar beliau menerusi catatan di laman Instagram rasminya.

Tambah Aminuddin, pemberian bon ini adalah sebagai satu penghargaan daripada pihak SAINS kepada semua pesara atas segala jasa dan bakti yang dicurahkan kepada syarikat.

Beliau mewakili pihak pengurusan SAINS dan kerajaan negeri mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pesara atas khidmat bakti yang dicurahkan sewaktu mereka berada dalam perkhidmatan serta mengucapkan selamat bersara kepada mereka.

Foto: Instagram Rasmi Menteri Besar Negeri Sembilan

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Agama

Kongsikan Artikel IniKUALA TERENGGANU, 18 Sep – Kutipan sampah di kawasan pantai di daerah ini melonjak 50 peratus kepada satu tan metrik dalam tempoh...

Negeri

Kongsikan Artikel IniPORT DICKSON, 17 Sep – Status pemulihan bagi Negeri Sembilan dijangka dapat diputuskan seminggu lagi sekiranya tidak berlaku lonjakan kes Covid-19 dalam...

Nasional

Kongsikan Artikel IniMIRI, 17 Sep – Kerajaan digesa membuat penilaian terhadap masalah kekurangan fasiliti kesihatan dan pakar perubatan di Sabah dan Sarawak, kata Ahli...

Ekonomi

Kongsikan Artikel IniSHAH ALAM, 17 Sep – Menyedari masih ramai yang terkesan akibat penutupan sektor ekonomi terkait pandemik, Covid-19, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)...

Copyright © 2021 Media Rania