Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Hiburan

TAKZIAH – Vokalis Samudera Meninggal Dunia Tak Sempat Tunai Hasrat

Kongsikan Artikel Ini

SUNGAI BULOH, 12 Sep – Vokalis kumpulan Samudera, Norazmi Mohd Abdullah, 48 yang meninggal dunia akibat jangkitan COVID-19 malam tadi sepatutnya dijadualkan merakamkan single pertamanya bersama kumpulan tersebut hujung bulan ini.

Menurut pemain bass kumpulan itu, Suhami Kamaruddin atau lebih dikenali Jedd Black, Allahyarham dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh, dekat sini selepas disahkan positif virus itu kira-kira 10 hari lalu.

“Allahyarham orang yang baik dan mempunyai vokal yang berkualiti. Dia disahkan positif dijangkiti COVID-19 tahap lima.

“Kalau nak cerita, dia ada gayanya dan kualiti vokalnya tersendiri . Sepatutnya kita dalam persiapan untuk rakaman single pertama kami bersamanya hujung bulan ini, namun Allah lebih sayangkannya,” katanya ketika dihubungi wartawan.

Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kem Sungai Besi, Kuala Lumpur sekitar jam 6 petang tadi.

Allahyarham Norazmi atau lebih dikenali dengan sapaan Aimi merupakan vokalis Samudera yang menggantikan vokalis asalnya iaitu Allahyarham Ujang, yang meninggal dunia pada tahun Januari 2017.

Aimi mula menyertai kumpulan yang terkenal di era 90-an itu pada 2018.

Kumpulan Samudera di era kegemilanganya terkenal dengan beberapa buah lagu yang menjadi siulan peminat satu ketika dulu, antaranya termasuklah Salam Sejahtera, Titian Hasrat dan Bila Diburu Kenangan.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Hiburan

Kongsikan Artikel InimoreSEREMBAN, 31 Okt – Sukan dan rekreasi amat sebati dengan jiwa pemimpin nombor satu Negeri Sembilan yang kaya dengan adat dan budaya...

Hiburan

Kongsikan Artikel InimoreTANJUNG MALIM, 24 Okt – Pengarah tersohor, Mamat Khalid, 58, menghembuskan nafas terakhir akibat serangan jantung dalam perjalanan ke Hospital Slim River,...

Hiburan

Kongsikan Artikel InimoreAMPANG, 15 Sep – Penghibur terkenal, Aishah mengalami kerosakan pada organ paru-parunya akibat jangkitan wabak Covid-19. Berita mengejutkan itu dikongsikan penyanyi lagu...

Hiburan

Kongsikan Artikel InimoreSEREMBAN, 13 Sep – Personaliti kontroversi tanah air, Zarina Anjoulie atau nama sebenarnya Zarina Anjoulie Mohamad Fahizul dihadapkan ke Mahkamah Majistret di...

Copyright © 2021 Media Rania