Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Pendapat

Masyarakat Antarabangsa Mula Buka Mata Selepas Tragedi 9/11

Kongsikan Artikel Ini

KUALA LUMPUR, 12 Sep – Peristiwa serangan 11 September 20 tahun lalu memberi corak baharu kepada geopolitik antarabangsa dan cara hidup penduduk dunia.

Pada masa sama, Penganalis Anti-Keganasan, UIAM, Dr. Ahmad El-Muhammady menjelaskan, ia turut membuka mata masyarakat antarabangsa untuk lebih tahu tentang Islam.

Jelasnya lagi, kesan perubahan geopolitik itu, timbul pelbagai bentuk krisis lain termasuk Islamophobia.

“Ia diperkuatkan lagi dengan pandangan pemikir-pemikir barat yang mengatakan bahawa Islam adalah puncanya. Namun kita perlu melihat dengan adilnya bahawa dengan berlakunya peristiwa 9/11 itu, minat masyarakat antarabangsa terhadap Islam meningkat.

“Selepas peristiwa itu, jualan Al-Quran dan buku mengenai Islam meningkat secara mendadak dan ini membuka mata masyarakat antarabangsa untuk mengetahui dan belajar apa itu Islam,” katanya.

Selain itu, peristiwa itu turut menepati ramalan pemikir-pemikir barat bahawa akan berlaku pertembungan antara tamadun Islam dan tamadun barat kesan tragedi 11 September.

“Bagi saya, sebagai ahli akademik, peristiwa itu membentuk wacana tentang apa maksud agama Islam, jihad, usra, hijrah, dan infak. Istilah-istilah agama ini kalau kita faham.

“Kita mempunyai persepsi yang betul sebelum peristiwa itu. Namun selepas peristiwa 11 September, maksud itu telah dicemari dengan pelbagai tohmahan dan stigma,” ujarnya.

Malah katanya, Islamophobia bukan sahaja berlaku dalam masyarakat barat sahaja, namun turut terjadi dalam masyarakat Islam atau Intra-Islamophobia.

“Kita akui wujud Islamophobia itu adalah kerana di dalam komuniti dan masyarakat Islam itu sendiri ada satu kelompok yang mempunyai pandangan ekstrem tentang sesuatu perkara. Kita akui bahawa wujudnya hakikat itu.

“Maka sebab itu timbulnya ketakutan dalam masyarakat Islam bahawa dalam kalangan kita ada pelampau. Benar,” tambah beliau.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Pendapat

Kongsikan Artikel IniPENDAPAT, 18 Sep – Menurut laporan media, Shafie Apdal menolak Memorandum Persefahaman (MOU) antara Pakatan Harapan dan kerajaan persekutuan dengan alasan tidak...

Pendapat

Kongsikan Artikel IniPendapat Tiada siapa sangka, Muhyiddin Yassin yang sudah meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri setelah hilang kepercayaan Parlimen untuk menjadi Perdana Menteri, telah...

Pendidikan

Kongsikan Artikel IniPENDAPAT, 17 Sep: Soalan No.1 : Adakah Pakatan Harapan (PH) telah menyerah kalah kepada kerajaan Ismail Sabri Yaakob apabila menandatangani Memorandum Persefahaman...

Pendapat

Kongsikan Artikel IniPendapat – Rasanya ramai yang tidak mengetahui bahawa di sebalik termetrainya MOU Transformasi dan Kestabilan Politik antara kerajaan dengan blok pembangkang PH...

Copyright © 2021 Media Rania