Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Negeri

TAKZIAH – Dua Lelaki Jatuh Dalam Kolam Tadahan Air Ditemui Lemas

Kongsikan Artikel Ini

RAUB, 10 Sep – Dua lelaki ditemukan lemas selepas terjatuh ke dalam Kolam Tadahan Air, Lombong Bijih Besi, Batu Talam di Raub, dekat sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Raub, Supritendan Kama Azural Mohamed berkata warga tempatan Siak Teck Wah, 53, dan dan warga Indonesia, Adi Piter, 25, dilaporkan terjatuh ke dalam kolam itu oleh rakan mereka sekitar pukul 10.40 pagi.

Beliau berkata berdasarkan maklumat awal diterima kedua-dua mereka dipercayai telah disedut oleh paip salur keluar air di dalam kolam tadahan air dari lombong bijih besi yang mempunyai kedalaman kira-kira lima meter itu.

“Mayat Adi Piter ditemukan pada 12.30 tengah hari berdekatan paip salur keluar air kolam itu, namun ia mengambil masa untuk dinaikan kerana tekanan air yang masih kuat dan kaki warga Indonesia itu tersangkut di dalam paip berkenaan.

“Bantuan dari jentera jengkaut telah digunakan untuk membuka salur kolam supaya air cepat surut untuk mencari Siak, yang kemudiannya ditemukan berdekatan dengan meyat Adi Piter pada pukul 1.15 petang,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Kama Azural berkata kedua-dua mayat berjaya dinaikan oleh anggota bomba pada 1.20 petang sebelum di bawa ke Hospital Raub untuk bedah siasat.

Sementara itu Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang dalam kenyataan memaklumkan tujuh anggota dan pegawai bersama dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Raub telah digerakkan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan pada 11.17 pagi.

“Operasi mencara kedua-dua mangsa dibantu oleh excavator dengan cara membuat aliran air bagi mengurangkan paras air lombong. Kedua-dua mayat dinaikkan dengan menggunakan tali, dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

– BERNAMA

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Komuniti

Kongsikan Artikel IniTAMPIN, 16 Okt – Hujung minggu ini, Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun dimulakan dengan program bersama rakyat ditemani isteri...

Negeri

Kongsikan Artikel IniSEREMBAN, 13 Okt – Seramai 53 penjawat awam di Negeri Sembilan yang masih belum menerima vaksin Covid-19 mempunyai masa hingga hujung bulan...

Negeri

Kongsikan Artikel IniKUALA TERENGGANU, 13 Okt – Pembinaan sungai tiruan bagi meminimumkan masalah banjir yang sering melanda daerah Kemaman akan dimulakan awal Januari 2022....

Negeri

Kongsikan Artikel IniSEREMBAN, 12 Okt – Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun petang tadi mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Perlembagaan di Wisma Negeri,...

Copyright © 2021 Media Rania