Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Negeri

TAKZIAH – Dua Lelaki Jatuh Dalam Kolam Tadahan Air Ditemui Lemas

Kongsikan Artikel Ini

RAUB, 10 Sep – Dua lelaki ditemukan lemas selepas terjatuh ke dalam Kolam Tadahan Air, Lombong Bijih Besi, Batu Talam di Raub, dekat sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Raub, Supritendan Kama Azural Mohamed berkata warga tempatan Siak Teck Wah, 53, dan dan warga Indonesia, Adi Piter, 25, dilaporkan terjatuh ke dalam kolam itu oleh rakan mereka sekitar pukul 10.40 pagi.

Beliau berkata berdasarkan maklumat awal diterima kedua-dua mereka dipercayai telah disedut oleh paip salur keluar air di dalam kolam tadahan air dari lombong bijih besi yang mempunyai kedalaman kira-kira lima meter itu.

“Mayat Adi Piter ditemukan pada 12.30 tengah hari berdekatan paip salur keluar air kolam itu, namun ia mengambil masa untuk dinaikan kerana tekanan air yang masih kuat dan kaki warga Indonesia itu tersangkut di dalam paip berkenaan.

“Bantuan dari jentera jengkaut telah digunakan untuk membuka salur kolam supaya air cepat surut untuk mencari Siak, yang kemudiannya ditemukan berdekatan dengan meyat Adi Piter pada pukul 1.15 petang,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Kama Azural berkata kedua-dua mayat berjaya dinaikan oleh anggota bomba pada 1.20 petang sebelum di bawa ke Hospital Raub untuk bedah siasat.

Sementara itu Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang dalam kenyataan memaklumkan tujuh anggota dan pegawai bersama dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Raub telah digerakkan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan pada 11.17 pagi.

“Operasi mencara kedua-dua mangsa dibantu oleh excavator dengan cara membuat aliran air bagi mengurangkan paras air lombong. Kedua-dua mayat dinaikkan dengan menggunakan tali, dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

– BERNAMA

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Agama

Kongsikan Artikel IniKUALA TERENGGANU, 18 Sep – Kutipan sampah di kawasan pantai di daerah ini melonjak 50 peratus kepada satu tan metrik dalam tempoh...

Negeri

Kongsikan Artikel IniPORT DICKSON, 17 Sep – Status pemulihan bagi Negeri Sembilan dijangka dapat diputuskan seminggu lagi sekiranya tidak berlaku lonjakan kes Covid-19 dalam...

Ekonomi

Kongsikan Artikel IniSHAH ALAM, 17 Sep – Menyedari masih ramai yang terkesan akibat penutupan sektor ekonomi terkait pandemik, Covid-19, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)...

Negeri

Kongsikan Artikel IniPENAMPANG, 15 Sep – Dua maut termasuk seorang kanak-kanak berusia lima tahun dalam kejadian tanah runtuh di Forest Hill, Bundusan, dekat sini...

Copyright © 2021 Media Rania