Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Hiburan

Aishah Bagai Diberi Peluang Kedua Selepas Bertarung Nyawa!

Kongsikan Artikel Ini

KUALA LUMPUR, 11 Sep – Hampir dua minggu dirawat di Hospital Ampang akibat jangkitan COVID-19, penyanyi Aishah semakin pulih dan dibenarkan pulang ke rumah.

Berkongsi perasaan teruja melalui rakaman video di Instagram (IG), Aishah atau nama sebenar, Wan Aishah Wan Ariffin, 56, bersyukur saat dinantikan, akhirnya tiba.

“Alhamdulillah. Ya Allah! Tak tahu nak cakap macam mana. Betapa bersyukurnya hari yang dinanti-nantikan tiba juga. Sekarang, sedang tunggu surat kebenaran untuk pulang dan menguruskan soal temu janji susulan.

“Akhirnya, dapat juga pulang ke rumah yang sudah sekian lama saya rindui. Terima kasih kepada mereka yang mendoakan. Doakan supaya kesihatan saya pulih sepenuhnya,” katanya.

Terharu dengan peluang kedua yang diberi selepas hampir dua minggu bertarung nyawa melawan COVID-19, Aishah menyifatkan pengalaman ngeri yang dilalui umpama isyarat dari Tuhan.

“Seperti diberi peluang kedua untuk memperbaiki diri,” luahnya penuh bermakna.

Keterujaan turut mendorong penyanyi Selanjur Bercinta ini memuat naik beberapa perkongsian lain untuk menggambarkan perasaan gembiranya.

Malah, penyanyi vokal mantap ini sempat mendendangkan sebaris lirik lagu bertemakan kemerdekaan berjudul Bahtera Merdeka.

“Saya masuk hospital pada 30 Ogos lalu. Tidak sempat nyanyi lagu ini,” katanya sambil mengucapkan setinggi penghargaan terhadap petugas barisan hadapan yang banyak berkorban demi negara tercinta.

Dalam entri berasingan, bekas penyanyi utama kumpulan The Fan Club ini memuat naik rakaman video mengenai pengalaman bersama petugas barisan hadapan yang menjaganya sepanjang ditempatkan di hospital.

Rakaman video kira-kira seminit itu memaparkan pesanan petugas barisan hadapan mengenai keperluan menjaga prosedur operasi standard (SOP) dan kepentingan suntikan vaksin COVID-19.

Sebelum ini, Aishah, 56, dilaporkan positif COVID-19 selepas menjalani ujian calitan (RTK) di sebuah pusat perubatan swasta dan dikejarkan ke hospital berikutan paras oksigen merosot.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Hiburan

Kongsikan Artikel InimoreSEREMBAN, 31 Okt – Sukan dan rekreasi amat sebati dengan jiwa pemimpin nombor satu Negeri Sembilan yang kaya dengan adat dan budaya...

Hiburan

Kongsikan Artikel InimoreTANJUNG MALIM, 24 Okt – Pengarah tersohor, Mamat Khalid, 58, menghembuskan nafas terakhir akibat serangan jantung dalam perjalanan ke Hospital Slim River,...

Hiburan

Kongsikan Artikel InimoreAMPANG, 15 Sep – Penghibur terkenal, Aishah mengalami kerosakan pada organ paru-parunya akibat jangkitan wabak Covid-19. Berita mengejutkan itu dikongsikan penyanyi lagu...

Hiburan

Kongsikan Artikel InimoreSEREMBAN, 13 Sep – Personaliti kontroversi tanah air, Zarina Anjoulie atau nama sebenarnya Zarina Anjoulie Mohamad Fahizul dihadapkan ke Mahkamah Majistret di...

Copyright © 2021 Media Rania