Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Jenayah

TERKINI – Polis Panggil Guan Eng Isu Perintah Kuarantin

Kongsikan Artikel Ini

GEORGETOWN, 9 Sep – Polis akan memanggil Lim Guan Eng bagi membantu siasatan berhubung dakwaan melanggar perintah kuarantin kendiri sebaik Setiausaha Agung DAP itu selesai menjalani tempoh kuarantin esok.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Suhaily Mohd Zain, berkata pihaknya juga akan merekodkan keterangan Setiausaha Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini untuk siasatan lanjut.

Beliau berkata, sehingga kini polis menerima tiga laporan berhubung dakwaan terbabit dan sudah memulakan siasatan di bawah Kertas Enkuiri Polis (KEP).

“Kita sudah merekodkan semua keterangan individu yang membuat laporan polis dan hari ini akan merekodkan keterangan Setiausaha DUN dan KKM.

“Polis akan memanggil Guan Eng untuk siasatan selepas beliau tamat kuarantin pada 10 September (esok),” katanya di sini, hari ini.

Semalam, Pemuda GERAKAN dan MCA Pulau Pinang membuat laporan polis terhadap Guan Eng yang didakwa melanggar tempoh kuarantin kendiri pada 1 hingga 10 September selepas beliau menghadiri sidang DUN pada 2 September.

Jurucakap Pemuda GERAKAN negeri, Mohd Aswaad Jaafar, dilaporkan berkata, Ahli Parlimen Bagan itu sepatutnya menjalani kuarantin kendiri selama 10 hari sehingga 10 September ini, tetapi menghadiri sidang DUN Pulau Pinang, baru-baru ini.

Justeru, tindakan Guan Eng yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih tidak hadir ke mahkamah semalam dipersoalkan beberapa pihak.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Nasional

Kongsikan Artikel IniKenyataan Media 16 Oktober 2021 Saya ucap terima kasih atas kesediaan serta pengiktirafan dari YAB Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob dan kerajaan...

Ekonomi

Kongsikan Artikel IniPolis telah membuka kertas siasatan dan merakam percakapan pengadu bagi dua laporan berkaitan Kertas Pandora. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Abd Jalil Hassan...

Nasional

Kongsikan Artikel IniKerajaan mungkin tidak akan mewajibkan vaksinasi Covid-19, tetapi mereka yang menolak untuk divaksinasi akan berdepan dengan kehidupan yang sukar, kata Menteri Kesihatan...

Jenayah

Kongsikan Artikel IniIsu Pandora Papers yang hangat diperkatakan sehingga ke Parlimen telah mendedahkan aktiviti ‘offshore tax haven’ yang merangkumi bukan sahaja pegangan saham, tetapi...

Copyright © 2021 Media Rania