Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Jenayah

Nelayan Pulau Pinang Lega Kelulusan EIA Projek Tambak Laut Batal!

Kongsikan Artikel Ini

BALIK PULAU, 9 Sep – Keputusan Lembaga Rayuan Jabatan Alam Sekitar (JAS) yang mengetepikan kelulusan penilaian impak alam sekitar (EIA) Projek Tambakan Laut Selatan Pulau Pinang (PSR) memberi kelegaan kepada para nelayan di negeri itu.

Ketua Unit Nelayan Sungai Batu, Zakaria Ismail berkata, keputusan yang memihak kepada para nelayan itu disifatkan sebagai kejayaan besar buat mereka yang selama ini membantah keras projek tersebut.

Zakaria berkata, mereka bersyukur dan gembira apabila dapat terus mencari rezeki di laut tanpa gangguan mana-mana pihak.

“Saya rasa sebak, hiba dan gembira dengan keputusan itu yang telah memihak kepada kami nelayan. Saya bukan hanya mewakili nelayan unit Sungai Batu, Teluk Kumbar, Gertak Sanggul dan Permatang Tepi Laut, tetapi amnya seluruh nelayan Pulau Pinang dan juga Kedah dan sebahagian lagi nelayan Perak.

“Jadi kami amat berbesar hati di mana kami boleh lagi memukat dan mendapatkan hasil laut di kawasan ini tanpa gangguan oleh mana-mana pihak,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Katanya, dia bimbang sekiranya projek tambakan laut diteruskan, nelayan khususnya di kawasan selatan akan mengalami nasib sama seperti nelayan di Tanjung Tokong dan Gurney Drive hasil daripada projek tambakan laut.

“Cuba kita bayangkan di kawasan Gurney Drive, saya telah survey di sana, sudah berapa tahun projek itu bermula, tetapi apa hasil yang dapat, hasilnya nelayan terpinggir. Mereka tiada hasil sekarang, mereka duduk di sana satu tempat yang terceruk, jauh daripada pembangunan, itukah yang dinamakan pembangunan seimbang,” dakwanya.

Seorang lagi nelayan, Wayam Irawan Ishak, berkata, kawasan tangkapan ikan di selatan Pulau Pinang ibarat lubuk emas buat mereka apabila mampu memperoleh hasil lumayan setiap hari.

“Saya rasa bersyukur alhamdulillah terima kasih kepada ketua unit yang mempertahankan nasib nelayan-nelayan ini… kira bagi saya saya rasa bangga dan berharap benda tu tak akan berlaku lagi,” katanya.

Semalam, Lembaga Rayuan JAS memutuskan untuk mengetepikan kelulusan EIA bagi projek berkenaan.

Keputusan itu dibuat tiga anggota Lembaga Rayuan JAS iaitu Hakim Mahkamah Sesyen Rozina Ayub; pakar alam sekitar dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Datuk Mazlin Mokhtar dan Prof Madya Ramdzani Abdullah dari Universiti Putra Malaysia (UPM).

Keputusan itu sekali gus menyaksikan kelulusan EIA bagi projek berkenaan yang diperoleh pada 25 Jun 2019 adalah terbatal dan tidak lagi sah.

Notis rayuan berkenaan difailkan kepada Lembaga Rayuan JAS oleh Zakaria pada 29 Julai 2019 di bawah seksyen 35 (1) (e) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (EQA 1974).

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Komuniti

Kongsikan Artikel IniTAMPIN, 16 Okt – Hujung minggu ini, Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun dimulakan dengan program bersama rakyat ditemani isteri...

Ekonomi

Kongsikan Artikel IniPolis telah membuka kertas siasatan dan merakam percakapan pengadu bagi dua laporan berkaitan Kertas Pandora. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Abd Jalil Hassan...

Jenayah

Kongsikan Artikel IniIsu Pandora Papers yang hangat diperkatakan sehingga ke Parlimen telah mendedahkan aktiviti ‘offshore tax haven’ yang merangkumi bukan sahaja pegangan saham, tetapi...

Jenayah

Kongsikan Artikel IniTokoh wartawan negara menyifatkan cadangan penubuhan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) 2005 ditolak kerana ia diakui berkesan. Datuk A...

Copyright © 2021 Media Rania