Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Agama

Bekas Ketua Penolong Pengarah Bukit Aman Meninggal Dunia Akibat Covid-19

Kongsikan Artikel Ini

SEREMBAN, 8 Sep – Bekas Ketua Penolong Pengarah (Pelucutan Harta), Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Baharom Othman, 62, meninggal dunia akibat COVID-19, petang semalam.

Anak sulung Allahyarham, Mohd Hazdmeer Rezza Baharom, 33, berkata arwah dikesan mengalami gejala wabak itu pada 28 Ogos dan menjalani kuarantin di rumah sebelum dimasukkan ke wad biasa Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ), di sini, 1 September lalu.

“Ketika mula dimasukkan ke wad, arwah diberikan bantuan alat pernafasan oleh pihak hospital, namun keadaan kesihatannya dilihat merosot selepas tiga hari.

“Pada 3 September lalu, arwah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) sebelum ditidurkan pada petang hari sama.

“Kami kemudian dimaklumkan oleh pihak hospital bahawa bapa meninggal dunia pada jam 2.43 petang semalam,” katanya kepada BH, di sini, hari ini.

Beliau memaklumkan, Allahyarham turut menghidap penyakit diabetes dan darah tinggi sejak beberapa tahun lalu sebelum bersara wajib daripada perkhidmatan dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Beliau berkata, arwah meninggalkan balu, Datin Siti Nurbaya Abdullah, 59, bersama empat anak dan dua cucu.

“Jenazah arwah bapa selamat dikebumikan di kampung halamannya di Tanah Perkuburan Islam Kampung Terachi, Kuala Pilah, kira-kira jam 10 malam tadi.

“Urusan pengebumian dilakukan kakitangan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) dan Kementerian Kesihatan,” katanya.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Politik

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 16 Okt – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata, pihaknya akan meminta Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi kerjasama...

Nasional

Kongsikan Artikel IniKenyataan Media 16 Oktober 2021 Saya ucap terima kasih atas kesediaan serta pengiktirafan dari YAB Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob dan kerajaan...

Nasional

Kongsikan Artikel IniSHAH ALAM, 14 Okt – Kerja penambahbaikan dan penyenggaraan aset kritikal di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1 (LRA SSPI)...

Politik

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 12 Okt – Dewan Rakyat menolak usul daripada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membahaskan isu Pandora Papers yang...

Copyright © 2021 Media Rania