Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Jenayah

Kerana 4 PATI Positif Covid-19, 10 Anggota Polis Marin Kena Kuarantin!

Kongsikan Artikel Ini

KUALA SELANGOR, 7 Sep – Empat daripada 34 pendatang asing tanpa izin (PATI) yang ditahan dalam Operasi Benteng di perairan Jeram dekat sini awal pagi semalam, disahkan positif COVID-19.

Komander Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Satu Pulau Pinang, Asisten Komisioner Shamsol Kassim, berkata pihaknya sebelum itu menerima maklumat berhubung kehadiran bot pom-pom membawa PATI di perairan Pulau Angsa pada 2.45 pagi.

“Dua bot ronda bergerak ke lokasi untuk mengesan dan membuat pintasan ke atas bot terbabit. Pada jam 3.15 pagi, bot dikesan di perairan Jeram pada jarak kira-kira 2.8 batu nautika dari pantai.

“Selepas dikejar selama 15 minit, bot terbabit berjaya ditahan, tetapi tekong bot dipercayai warga Indonesia terjun ke laut, selepas menyedari kehadiran kami.

“Pemeriksaan dalam bot mendapati 34 PATI terdiri daripada 32 warga Indonesia dan dua warga Myanmar berusia 18 hingga 51 tahun,” katanya.

Shamsol berkata, PATI dan bot bernilai RM10,000 dibawa ke Jeti PPM Selangor untuk tindakan lanjut mengikut Akta Imigresen 1985.

Katanya, empat daripada PATI terbabit iaitu dua lelaki dan dua wanita disahkan positif ketika saringan COVID-19 di Pusat Saringan Ambang Botanik, Bukit Tinggi, Klang.

Beliau berkata, ekoran kejadian itu, lapan anggota bot ronda PPM terpaksa menjalani kuarantin selama 10 hari kerana menjadi kontak rapat kepada PATI berkenaan.

Shamsol berkata, siasatan awal mendapati bot terbabit berada di laut selama tiga hari sebelum cuba memasuki pesisir pantai Selangor.

“Ia berlepas dari Tanjung Balai Asahan, Indonesia dan hanyut di laut sementara menunggu arahan tekong darat untuk lokasi pendaratan.

“Masing-masing membayar tiga juta Rupiah (RM877) sebagai tambang diseludup ke Malaysia.

“Semua PATI itu pernah bekerja di negara ini, manakala dua warga Myanmar pula datang ke Malaysia untuk berjumpa keluarga mereka yang sudah berada di sini,” katanya.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Jenayah

Kongsikan Artikel IniKuala Lumpur 17 Sep – Bentuk hukuman dikenakan terhadap pesalah terutama membabitkan rasuah seolah-olah dipengaruhi status sosial dan hierarki politik mereka, dakwa...

Jenayah

Kongsikan Artikel IniPUTRAJAYA, 17 Sep – Mahkamah Rayuan hari ini memberi amaran bahawa tiada lagi penangguhan dalam pendengaran rayuan Khairy Jamaluddin berhubung pembayaran ganti...

Jenayah

Kongsikan Artikel IniKenyataan Media Saya menyambut baik jawapan bertulis YAB Perdana Menteri bahawa Pejabat Peguam Negara sedang menimbang cadangan untuk tidak lagi menjadikan percubaan...

Negeri

Kongsikan Artikel IniTEMIANG, 15 Sep – Satu kajian secara menyeluruh perlu dilaksanakan bagi menilai keberkesanan cadangan pembinaan Kolam Takungan Air Temiang. Menteri Besar Negeri...

Copyright © 2021 Media Rania