Agama

Ustaz Daud Che Ngah Semakin Pulih Selepas Dijangkiti Covid-19

Kongsikan Artikel Ini

KUALA LUMPUR, 4 Sep – Pengerusi Eksekutif Andalusia Travel & Tours Sdn. Bhd., Datuk Md. Daud Che Ngah yang disahkan positif Covid-19 kini mendapat rawatan di sebuah hospital swasta di ibu negara.

Beliau yang berusia 75 tahun dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) pusat rawatan tersebut petang semalam selepas paras oksigennya menurun ke tahap 96 peratus.

Bagaimanapun, beliau yang lebih mesra dengan panggilan Ustaz Daud berkata, sejak malam tadi kandungan oksigennya sudah beransur pulih ke tahap normal dengan mencatat bacaan 99 peratus dan kadangkala 100 peratus.

“Alhamdulillah, kesihatan saya sudah bertambah baik. Doktor beritahu cuma nafas saya ada bunyi sedikit. Sebabnya saya ada penyakit lelah tetapi saya sudahpun dipindahkan ke wad biasa hari ini. Lagipun saya tidak bergejala,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Ustaz Daud hanya menyedari dijangkiti Covid-19 selepas membuat ujian kerana demam di sebuah pusat perubatan di Kampung Baru.

Beliau berkata, apabila disahkan positif dan bacaan oksigennya agak menurun, doktor nasihatkan agar dapatkan rawatan selanjutnya dengan segera,.

“Jangan bimbangkan kesihatan saya. Doakan semoga saya cepat pulih seperti sediakala. Alhamdulillah, isteri saya disahkan negatif Covid,” jelas beliau.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Anak Muda

Kongsikan Artikel IniSHAH ALAM, 2 Dis – Sebanyak 65 kes baharu Covid-19 dikesan di Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya selepas proses saringan diteruskan hari ini,...

Ekonomi

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 2 Dis – Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim membangkitkan isu kenaikan harga barangan yang didakwa semakin ‘menggila’ di Dewan Rakyat, sebentar...

Agama

Kongsikan Artikel IniSEREMBAN, 1 Dis – Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) dan Mahkamah Syariah negeri merekodkan 1,064 kes perceraian bagi pasangan...

Tempatan

Kongsikan Artikel IniPUTRAJAYA, 1 Dis – Pengembara yang menyertai Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL) antara Malaysia dan Singapura sama ada menggunakan jalan darat atau udara...

Copyright © 2021 Media Rania

Exit mobile version