Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Negeri

Sambutan Hari Kebangsaan 2021 Peringkat Negeri Sembilan Patuh Ketetapan MKN

Kongsikan Artikel Ini

SEREMBAN, 4 Sep – Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Sembilan 2021 diadakan secara tertutup di Wisma Negeri, Seremban, bagi mematuhi SOP yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir serta Tuanku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani Almarhum Tengku Besar Mahmud, berkenan berangkat ke majlis berkenaan.

Majlis dimulakan dengan acara menaikkan Jalur Gemilang diiringi lagu Negaraku oleh pancaragam Pusat Kor Armor Diraja dan Brass Band 2 Kor Armor Diraja.

Menurut Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun, mengambil semangat Hari Kebangsaan dalam suasana melawan Pandemik COVID-19, rakyat diharap dapat terus kekal bersatu dengan semangat jati diri tinggi.

Majlis pada tahun ini dijalankan secara sederhana tanpa melibatkan perarakan dan persembahan seperti tahun-tahun sebelumnya bagi mematuhi SOP yang ditetapkan.

Walaupun begitu, sambutan pada tahun ini tetap meriah dan dijalankan dengan penuh semangat kecintaan terhadap negara.

Turut diadakan bacaan ikrar Rukun Negara diketuai Aminuddin serta doa oleh Mufti Negeri Sembilan, Datuk Mohd Yusof Ahmad.

Kehadiran direkodkan bagi mematuhi segala SOP yang ditetapkan MKN bagi memastikan sambutan secara norma baharu itu berjalan lancar.

Sempena sambutan Hari Kebangsaan 2021 ini, Aminuddin berharap rakyat bersama-sama menghayati dan mendalami prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara serta mengamalkannya dalam kehidupan seharian.

Sudah pastinya pengamatan prinsip-prinsip tersebut akan melahirkan jiwa yang mencintai tanah air Malaysia.

– MEDIA RANIA

Foto: Facebook Page Menteri Besar Negeri Sembilan

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Agama

Kongsikan Artikel IniKUALA TERENGGANU, 18 Sep – Kutipan sampah di kawasan pantai di daerah ini melonjak 50 peratus kepada satu tan metrik dalam tempoh...

Negeri

Kongsikan Artikel IniPORT DICKSON, 17 Sep – Status pemulihan bagi Negeri Sembilan dijangka dapat diputuskan seminggu lagi sekiranya tidak berlaku lonjakan kes Covid-19 dalam...

Ekonomi

Kongsikan Artikel IniSHAH ALAM, 17 Sep – Menyedari masih ramai yang terkesan akibat penutupan sektor ekonomi terkait pandemik, Covid-19, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)...

Negeri

Kongsikan Artikel IniPENAMPANG, 15 Sep – Dua maut termasuk seorang kanak-kanak berusia lima tahun dalam kejadian tanah runtuh di Forest Hill, Bundusan, dekat sini...

Copyright © 2021 Media Rania