Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Anak Muda

2 September – Memperingati Bermulanya Gelombang Reformasi

Kongsikan Artikel Ini

PENDAPAT, 3 Sep – Pada tarikh 2 September 1998 gelombang kebangkitan rakyat tercetus selepas pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Gelombang kebangkitan rakyat ini juga dikenali sebagai “Gelombang Reformasi”.

Buat pertama kali kita dapat melihat lautan manusia membanjiri Kuala Lumpur. Rakyat dari segenap pelusuk negara dengan kepelbagai kaum dan agama membentuk kesatuan rakyat Malaysia bangkit menentang penindasan, korupsi dan salahguna kuasa.

Ini merupakan langkah permulaan kepada sebuah perjuangan yang panjang penuh liku, suka dan duka, kemenangan dan pengkhianatan.

Namun selepas 23 tahun kita masih utuh di sini atas satu kesatuan KEADILAN RAKYAT yang masih teguh pada prinsip perjuangan reformasi.

Sebagai anak muda kita perlu sematkan semangat ini dijiwa agar kita tidak lari dari landasan perjuangan seperti sebilangan yang telah mengkhianati demi jawatan dan laba politik.

Kita bermula dengan kesatuan rakyat yang pelbagai, kesatuan beberapa pertubuhan membentuk Gerakan Keadilan Rakyat Malaysia (GERAK) yang kemudiannya menubuhkan Pergerakan Keadilan Sosial (ADIL) sebagai platform perjuangan.

Selepas itu, usaha menubuhkan parti politik menghadapi jalan buntu disebabkan oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) maka gerakan Reformasi mengambil keputusan untuk mengambil alih sebuah parti kecil yang sedia ada iaitu Ikatan Masyarakat Islam Malaysia yang ditubuhkan pada 1990 sebelum lahirnya Parti Keadilan Nasional 4 April 1999.

Selepas Pilihan raya 1999, kesedaran timbul tentang keperluan Parti Keadilan Nasional dan Parti Rakyat Malaysia bergabung, berdasarkan komitmen perjuangan yang sama terhadap Reformasi, menentang ketidakadilan dan penyalahgunaan kuasa, maka pada 3 Ogos 2003 Parti Keadilan Rakyat diperkenalkan.

Pada Pilihanraya 2004 kita hanya berjaya memenangi kerusi Permatang Pauh sebelum kita berjaya menawan Selangor, Pulau Pinang, Perak, Kedah dan Kelantan pada Pilihanraya 2008. Pilihanraya 2013 kita berjaya mengekalkan Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan.

Meskipun tewas namun kita berjaya memenangi undi popular rakyat dengan 51% berbanding parti pemerintah yang hanya dapat 47% dan selebihnya undi kepada calon Bebas. Ini berlaku akibat agihan kawasan pilihanraya yang tidak adil.

Selepas 20 tahun kebangkitan rakyat sampai ke kemuncaknya pada Pilihanraya Umum 2018 yang mencetuskan Tsunami Rakyat. Logo KEADILAN menjadi pilihan gabungan Pakatan Harapan dan sejarah tercipta selepas enam dekad logo KEADILAN berjaya menawan Malaysia sekaligus menamatkan pemerintahan rejim Barisan Nasional.

Logo KEADILAN berjaya menawan Selangor, Pulau Pinang, Kedah, Perak, Johor, Melaka, Negeri Sembilan serta membentuk kerajaan campuran di Sabah.

Perjuangan reformasi bukanlah sekadar mencapai kemenangan pilihanraya semata. Perjuangan reformasi itu panjang bermula dengan perlawanan dengan rejim pemerintah sehingga mencapai kemenangan.

Kemudian bagaimana kita melaksanakan reformasi sistem dan urus tadbir negara serta mengekalkan perubahan untuk negara bebas dari korupsi, salahguna kuasa serta birokrasi yang menyusahkan rakyat.


Anak muda hari ini perlu menjadikan sejarah pergerakan Reformasi ini sebagai teladan dan pembakar semangat dalam perjuangan menentang kezaliman pemerintah. Keteguhan kesatuan dan kesabaran pasti akan membawa kepada kemenangan, itu pasti.

Peristiwa pengkhianatan tidak pernah melunturkan semangat kita dan perlu diingat, Parti Keadilan Rakyat mencapai lebih sejuta ahli dan berjaya mewujudkan Cabang di 222 kawasan parlimen di seluruh negara selepas siri pengkhianatan.

Ini membuktikan parti berbilang kaum ini menjadi pilihan selepas 23 tahun bermulanya titik perjuangan dengan 1001 kisah. Bulatkan tekad, utuhkan kesatuan membawa semangat reformasi.

Selamat Ulang Tahun ke-23 perjuangan Reformasi. 23 tahun merakyatkan reformasi.

REFORMASI!

AKMAL NASIR

Ketua AMK Keadilan.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Anak Muda

Kongsikan Artikel IniBEKAS perdana menteri Najib Razak yang sudah pun disabitkan bersalah di mahkamah, berjaya menggunakan sentimen untuk membuat masyarakat “lupa” salah lakunya, kata...

Anak Muda

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 11 Okt – Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) bersama sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), National Oversight & Whistleblowers (NOW) menuntut...

Anak Muda

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 8 Okt – Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya (KMUM) mempertikaikan pelantikan Danesh Raj Nagarajan sebagai ahli lembaga pengarah universiti berkenaan. Kesatuan...

Pendidikan

Kongsikan Artikel IniSEREMBAN, 3 Okt – Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun menzahirkan ucapan selamat kembali ke sekolah kepada para pelajar yang...

Copyright © 2021 Media Rania