Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Anak Muda

Hentikan Segera Intimidasi Terhadap Aktivis Alam Sekitar – AMK

Kongsikan Artikel Ini

JOHOR BAHRU, 1 SEPTEMBER – Angkatan Muda Keadilan (AMK) hari ini mengecam tindakan mengugut, mengancam serta gangguan berbentuk seksual ke atas aktivis anak muda saudari Shalika Zen oleh individu tertentu.

Menurut Ketua AMK, YB Akmal Nasir beliau mengambil maklum tentang ancaman keselamatan dan gangguan berbentuk seksual ke atas Saudari Shakila Zen.

Shakila Zen merupakan seorang aktivis alam sekitar yang giat melawan aktiviti pemusnahan alam terutama hutan simpan dan penambakan pantai.

Menurut beliau, AMK dimaklumkan pada 30 Ogos 2021, Shakila telah menerima satu bungkusan daripada individu tidak dikenali yang mengandungi surat ugutan serta satu replika tangan yang dipotong dan berlumuran darah. Pada hari berikutnya, 31 Ogos 2021, beliau telah menerima satu pesanan teks di aplikasi Whatsapp yang berbaur seksual serta mendedahkan maklumat peribadi beliau.

Beliau telah membuat dua laporan polis berkenaan dengan kejadian tersebut pada 30 & 31 Ogos 2021  di  IPD Klang Utara.

“Pada hemat kami tindakan mengugut dan mengancam merupakan satu tindakan intimidasi yang sangat melampau apatah lagi ugutan itu seperti membawa kepada ugutan menvederakan malah membunuh. Tindakan ini tidak boleh diterima.”

“Kami memandang serius perkara ini dan berharap pihak Polis dapat menangkap pelaku dengan segera serta memdedahkan pihak yang mengupah pelaku untuk mengugut saudari Shakila.”

“Saya sendiri pernah melalui perkara sama apabila berdepan ugutan pihak tertentu sebelum Kongres Keadilan 2019.”

Akmal yang juga Ahli Parlimen Johor Bahru berkata budaya samseng dengan mengugut dan mengancam aktivis wanita yang bersuara tidak boleh dibiarkan. Ini akan jadi satu amalan biasa ‘kuasa besar’ yang tergugat dengan suara anak muda dan perkara ini perlu ditamatkan.

“Angkatan Muda Keadilan akan terus menyokong dan mendokong suara anak muda dalam melawan sistem yang tidak adil, penindasan, korupsi dan pemusnahan alam.”

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Copyright © 2021 Media Rania