Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Agama

Aminuddin Zahir Rasa Sedih Pemergian Dr Siddiq Fadzil Ke Rahmatullah

Kongsikan Artikel Ini

SEREMBAN, 31 Ogos – Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun menzahirkan rasa sedih menerima perkhabaran bahawa Allahyarham Professor Dato’ Dr Siddiq Fadzil telah kembali ke Rahmatullah.

Allahyarham meninggal dunia jam 6.32 petang tadi pada usia 74 tahun di sebuah hospital di ibu negara.

Dalam hantaran di laman Facebook rasmi beliau sebentar tadi. Aminuddin berkata, allahyarham merupakan Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan 1440H/2018M dan semasa hayatnya menjawat jawatan sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di Nilai serta Pengerusi Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).

“Allahyarham pernah memberikan ucaptama dalam Seminar Kebangsaan Membangun Khayra Ummah: Reformasi Islahi Dan Agenda Pemberdayaan umat pada 12 April 2021 di Pusat Dakwah Islamiah, Paroi,” ujar beliau.

Aminuddin menambah, allahyarham pernah menyampaikan tazkirah di Kediaman Rasmi YAB Menteri Besar Negeri Sembilan bertajuk ‘Dakwah Dalam Konteks Malaysia Baharu’.

Pemergian Allahyarham merupakan satu kehilangan yang besar buat negara amnya dan umat Islam khususnya.

“Saya mendoakan semoga roh Allahyarham diampuni dosanya serta diletakkan dalam kalangan orang beriman dan beramal soleh,” ujar beliau dengan rasa dukacita.

Dalam perkembangan berkaitan, pihak keluarga memberitahu Allahyarham bukan meninggal dunia akibat Covid-19 seperti dilaporkan media sebelum ini.

Sebaliknya, Allahyarham dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) dan diberikan bantuan pernafasan kerana mengalami masalah pernafasan dan buah pinggang.

– MEDIA RANIA

Foto: Facebook Page Menteri Besar Negeri Sembilan

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Komuniti

Kongsikan Artikel IniTAMPIN, 16 Okt – Hujung minggu ini, Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun dimulakan dengan program bersama rakyat ditemani isteri...

Negeri

Kongsikan Artikel IniSEREMBAN, 13 Okt – Seramai 53 penjawat awam di Negeri Sembilan yang masih belum menerima vaksin Covid-19 mempunyai masa hingga hujung bulan...

Negeri

Kongsikan Artikel IniKUALA TERENGGANU, 13 Okt – Pembinaan sungai tiruan bagi meminimumkan masalah banjir yang sering melanda daerah Kemaman akan dimulakan awal Januari 2022....

Negeri

Kongsikan Artikel IniSEREMBAN, 12 Okt – Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun petang tadi mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Perlembagaan di Wisma Negeri,...

Copyright © 2021 Media Rania