Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Anak Muda

Guna Kabel Cuba Selamatkan Perak FC, Peja Salah Guna Kuasa? – AMK

Kongsikan Artikel Ini

SUNGAI PETANI, 30 Ogos – Belum pun sempat mengangkat sumpah sebagai Menteri Belia dan Sukan yang baru, bekas Menteri Besar Perak Faizal Azumu telah menggunakan jawatannya untuk mempengaruhi keputusan mengekalkan Pasukan Perak FC berada kekal di Liga Super pada saingan musim depan.

Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan Malaysia, Aizuddin Ariffin mendakwa kenyataan yang dikeluarkan oleh beliau bukan sahaja tidak bertanggungjawab malah lebih teruk sebenarnya telah mencalarkan imej pasukan Perak FC yang mempunyai maruah dan daya saing yang tinggi.

Walaupun dalam kenyataan beliau menyatakan bahawa terdapat 16 pasukan dalam sesebuah liga mengikut cadangan FIFA namun tatkala pasukan Perak FC di ambang penyingkiran ke Liga Perdana pada musim depan , menunjukkan beliau telah menyalahgunakan kuasa.

“Sikap yang ditunjukkan oleh Menteri Belia dan Sukan  yang baru ini langsung tidak profesional dan boleh merosakkan kredibiliti bola sepak negara. Cara sebegini perlu ditolak oleh seluruh rakyat Malaysia yang cintakan sukan bola sepak tanah air. Itu sebab, penyokong bola sepak sudah naik muak dengan sikap orang- orang politik.”

“Saya mula berasa bimbang dengan kaedah perlaksanaan menteri- menteri kerajaan dalam mengurus tadbir negara. Gaya pentadbiran sebegini bukan perkara baru.”

Aizuddin juga berkata Wan Ahmad Fayshal , bekas Timbalan Menteri dan Sukan yang juga merupakan Ketua ARMADA juga pernah menggunakan kedudukannya dalam kerajaan untuk meraih sokongan dalam pemilihan sayap parti BERSATU.

“Saya menasihati agar menteri- menteri yang dilantik supaya mengamalkan ketelusan dan jujur dalam pentadbiran mereka.”

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Nasional

Kongsikan Artikel IniKenyataan Media 16 Oktober 2021 Saya ucap terima kasih atas kesediaan serta pengiktirafan dari YAB Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob dan kerajaan...

Nasional

Kongsikan Artikel IniKerajaan mungkin tidak akan mewajibkan vaksinasi Covid-19, tetapi mereka yang menolak untuk divaksinasi akan berdepan dengan kehidupan yang sukar, kata Menteri Kesihatan...

Ekonomi

Kongsikan Artikel Ini1. Tan Sri Mohd Nor dilantik sebagai Pengerusi TH semasa saya menjadi Menteri yang bertanggungjawab ke atas TH mulai tahun 2018. Latarbelakang...

Nasional

Kongsikan Artikel IniKementerian Pendidikan digesa menyiasat pendedahan ibu bapa pelajar Tingkatan 2 sebuah sekolah menengah di Kuala Lumpur apabila satu video seks muncul di...

Copyright © 2021 Media Rania