Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Anak Muda

AMK Wilayah Dan Selangor Bergabung Sumbang Barangan Kepada 30 Pelajar UM

Kongsikan Artikel Ini

KUALA LUMPUR, 29 Ogos – Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Wilayah Persekutuan dan AMK Selangor bergabung tenaga menyampaikan sumbangan barangan makanan asas dan barangan penjagaan kebersihan diri untuk 30 pelajar di Universiti Malaya (UM).

Sumbangan tersebut diserahkan kepada Presiden Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya (KMUM) dalam sesi penyerahan ringkas yang diadakan di kampus universiti itu semalam.

Menurut Ketua AMK Malaysia, Akmal Nasir, bekalan makanan dan peralatan penjagaan kebersihan ini khas disumbangkan untuk Jelajah Timur Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya (KMUM) bagi membantu pelajar keperluan yang berada di kawasan Timur.

Hantaran tersebut dimuat naik Akmal di laman media sosial Facebook beliau hari ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Johor Bahru mengucapkan terima kasih kepada P Prabakaran, Ahli Parlimen Batu merangkap Ketua AMK Wilayah Persekutuan, Chua Wei Kiat, Adun Rawang merangkap Ketua AMK Selangor atas inisiatif ini serta seluruh kepimpinan AMK negeri yang membantu mengusahakan program berkenaan.

Beliau berharap semoga sumbangan yang diberi dapat membantu pelajar terjejas memgharungi sesi pembelajaran mereka di kampus.

– MEDIA RANIA

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Nasional

Kongsikan Artikel IniKementerian Pendidikan digesa menyiasat pendedahan ibu bapa pelajar Tingkatan 2 sebuah sekolah menengah di Kuala Lumpur apabila satu video seks muncul di...

Anak Muda

Kongsikan Artikel IniBEKAS perdana menteri Najib Razak yang sudah pun disabitkan bersalah di mahkamah, berjaya menggunakan sentimen untuk membuat masyarakat “lupa” salah lakunya, kata...

Anak Muda

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 11 Okt – Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) bersama sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), National Oversight & Whistleblowers (NOW) menuntut...

Anak Muda

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 8 Okt – Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya (KMUM) mempertikaikan pelantikan Danesh Raj Nagarajan sebagai ahli lembaga pengarah universiti berkenaan. Kesatuan...

Copyright © 2021 Media Rania