Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Agama

Adik Muhammad Aming Tinggal Nasihat Berguna Sebelum Meninggal Dunia

Kongsikan Artikel Ini

TAWAU, 26 Ogos – Video Allahyarham Muhammad Aming Salleh Abdullah yang petah bercakap, berpesan mengenai pematuhan prosedur operasi standard (SOP) bagi mengekang COVID-19, pasti mengundang rasa sayu kepada mereka yang menonton klip video yang tular itu, baru-baru ini.

Kanak-kanak berusia 9 tahun itu meninggal dunia hari ini dan berita duka mengenai kepulangan beliau ke rahmatullah turut mendapat perhatian netizen seluruh negara.

“Ternyata Allahyarham adik Aming seorang anak yang sangat baik dan bijaksana. Sama-sama kita sedekah al-Fatihah untuk Allahyarham adik Aming yang kita sayangi,” antara komen yang sempat dibaca.

Sebelum ini video Allahyarham yang meminta orang ramai mematuhi SOP memakai pelitup muka pernah tular hingga menerima perhatian netizen yang kagum dengan kepetahan allahyarham.

Ibunya Santi Sabri, 33, ketika dihubungi pemberita hari ini berkata anak bongsu daripada empat adik beradik itu meninggal dunia di kediamannya di Jalan Kuhara di sini, selepas mengalami sesak nafas kira-kira pukul 1.30 pagi.

“Anak saya sihat sahaja berlari-lari lagi semalam, malah sempat angkat barang dan membantu saya berjual di Pasar Sin Onn kelmarin. Kira-kira pukul 12 tengah malam tadi dia mahu makan mi segera dan sejam kemudian tiba-tiba dia melaungkan azan dan solat, sebelum meninggal dunia,” katanya.

Bagaimanapun, Santi reda dengan apa yang terjadi dan menganggap ia ujian untuk mereka sekeluarga.

Sementara itu, bapa Allahyarham, Alip Mohamad,45, berkata anaknya itu ada menghidap penyakit asma dan mudah lelah.

– BERNAMA

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Komuniti

Kongsikan Artikel IniTAMPIN, 16 Okt – Hujung minggu ini, Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun dimulakan dengan program bersama rakyat ditemani isteri...

Negeri

Kongsikan Artikel IniSEREMBAN, 13 Okt – Seramai 53 penjawat awam di Negeri Sembilan yang masih belum menerima vaksin Covid-19 mempunyai masa hingga hujung bulan...

Negeri

Kongsikan Artikel IniKUALA TERENGGANU, 13 Okt – Pembinaan sungai tiruan bagi meminimumkan masalah banjir yang sering melanda daerah Kemaman akan dimulakan awal Januari 2022....

Negeri

Kongsikan Artikel IniSEREMBAN, 12 Okt – Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun petang tadi mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Perlembagaan di Wisma Negeri,...

Copyright © 2021 Media Rania