Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Hiburan

Angkara Mahiaddin, Restoran 37 Tahun Terpaksa Gulung Tikar!

Kongsikan Artikel Ini

KUALA LUMPUR, 11 Ogos – ‘Restoran Puteri’ cawangan Brickfields, di sini, milik bersama dua sahabat karib iaitu pelakon veteran, Rubiah Suparman dan penulis lirik tersohor, Datuk Habsah Hassan, terpaksa ditutup selepas lebih 37 tahun beroperasi.

Ditutup sejak semalam, Rubiah berkata, keputusan menghentikan operasi restoran yang terkenal dengan masakan kampung itu dibuat selepas mengambil kira impak penularan wabak COVID-19 terhadap perniagaan.

“Memanglah sedih kerana restoran itu sudah beroperasi sejak 1984. Namun, sejak dua tahun lalu, iaitu ketika pendemik COVID-19 melanda, bisnes kami merudum.

“Keadaan menjadi bertambah teruk, tahun ini. Walaupun kami cuba pelbagai cara termasuk menggunakan khidmat penghantaran makanan kepada pelanggan, namun, gagal kerana pendapatan diperoleh tidak memberangsangkan.

“Kami cuba merayu pemilik kedai untuk menurunkan harga sewa premis RM15,000 sebulan, namun, tidak berhasil.

Selepas 37 tahun beroperasi, Restoran Puteri cawangan Brickfields ditutup akibat impak penularan pandemik COVID-19 terhadap perniagaan. Foto FB Restoran Puteri cawangan Brickfields
Selepas 37 tahun beroperasi, Restoran Puteri cawangan Brickfields ditutup akibat impak penularan pandemik COVID-19 terhadap perniagaan. Foto FB Restoran Puteri cawangan Brickfields

“Dengan pendapatan harian merosot dan tidak mahu dibebani hutang disebabkan kos operasi yang tinggi setiap bulan, dengan berat hati, kami ambil keputusan menghentikan perniagaan,” katanya kepada BH Online.

Rubiah yang popular melalui filem Bila Hati Telah Retak dan Di Ambang Kasih pada era 1980-an berhasrat menjual restoran berkenaan kepada mana-mana pihak berminat.

“Premis itu bagus kerana lokasinya sangat strategik. Namun, disebabkan pandemik dan pelanggan pun tidak boleh datang makan di kedai, terpaksalah kami menamatkan operasinya.

“Jika sesiapa yang berminat mengambil alih atau meneruskan operasinya, bolehlah hubungi saya untuk perbincangan lanjut,” katanya.

Sementara itu, Habsah atau lebih akrab disapa Kak Chah meluahkan rasa sedih kerana gagal mempertahankan perniagaan mereka.

“Ini keputusan yang amat berat dan menyedihkan, tetapi, kami tiada pilihan lain. Pendapatan yang turun mendadak sejak hampir dua tahun ini menyukarkan kami untuk meneruskannya.

“Pendek kata, berniaga hanya untuk bayar sewa kedai dan melunaskan gaji pekerja. Walaupun cuba bertahan, namun, akhirnya kami terpaksa mengaku kalah,” katanya.

Dengan penutupan cawangan Brickfields, hanya ada dua Restoran Puteri yang masih beroperasi iaitu di Taman Tun Dr Ismail (TTDI) dan Pencala, Petaling Jaya.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Hiburan

Kongsikan Artikel InimoreSEREMBAN, 31 Okt – Sukan dan rekreasi amat sebati dengan jiwa pemimpin nombor satu Negeri Sembilan yang kaya dengan adat dan budaya...

Hiburan

Kongsikan Artikel InimoreTANJUNG MALIM, 24 Okt – Pengarah tersohor, Mamat Khalid, 58, menghembuskan nafas terakhir akibat serangan jantung dalam perjalanan ke Hospital Slim River,...

Hiburan

Kongsikan Artikel InimoreAMPANG, 15 Sep – Penghibur terkenal, Aishah mengalami kerosakan pada organ paru-parunya akibat jangkitan wabak Covid-19. Berita mengejutkan itu dikongsikan penyanyi lagu...

Hiburan

Kongsikan Artikel InimoreSEREMBAN, 13 Sep – Personaliti kontroversi tanah air, Zarina Anjoulie atau nama sebenarnya Zarina Anjoulie Mohamad Fahizul dihadapkan ke Mahkamah Majistret di...

Copyright © 2021 Media Rania