Nasional

#RakyatBangkit: Jangan Mengaku Kalah, Perjuangan Akan Berbaloi – Zahir Hassan

Kongsikan Artikel Ini

Gerakan diterajui belia seperti #Lawan, Hartal Doktor Kontrak dan Bendera Hitam mendapat sokongan aktivis veteran, dengan salah seorangnya dari era Reformasi menggalakkan aktivis belia untuk tidak mengalah dan bersedia menghadapi tentangan daripada pihak berkuasa.

Dalam beberapa hari kebelakangan ini, pemimpin belia dipanggil polis berhubung peranan mereka dalam tunjuk perasaan #Lawan, yang diadakan Ahad lalu sebagai protes terhadap kegagalan kerajaan mengendalikan krisis kesihatan dan ekonomi.

Beberapa minggu sebelumnya, kumpulan doktor junior yang berjalan keluar dari hospital, setelah tuntutan mereka berhubung prospek kerjaya dan faedah lebih baik tidak dilayan, diancam dengan tindakan disiplin.

Zahir Hassan, yang menjadi aktivis selepas Anwar Ibrahim dipecat daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri pada 1998, mengingatkan golongan belia bahawa mengekalkan stamina untuk berjuang menuntut perubahan mungkin sukar.

“Saya telah lihat ramai kehilangan semangat,” tambahnya.

“Mesti ada prinsip yang kuat dan berpegang kepada ideal. Tanpa ini, anda akan kehilangan tenaga dan semangat,” kata Zahir, yang kini menjadi pengerusi PKR Wilayah Persekutuan.

Kemunculan media sosial menjadikan tentangan secara besar-besaran lebih mudah diatur, katanya, sambil menambah, ceramah pada zamannya “bertuah” jika dapat menarik 10,000 hadirin.

“Kini, jika anda ada pengaruh dan ada 100,000 pengikut dalam talian, itu ikutan yang besar dan boleh anda sampaikan mesej anda,” katanya.

Setiausaha Otai Reformis Abdul Razak Ismail berkata, pelbagai protes yang diadakan adalah langkah awal yang baik untuk “menggegarkan kerajaan”.

Namun tambahnya, golongan belia perlu bergerak dalam jumlah lebih besar kerana mustahil ia tidak dipedulikan.

Ini dapat dicapai melalui keterlibatan sayap belia parti politik, katanya.

“Kecuali dan sehingga mereka dapat tarik sokongan jutaan, saya ragu-ragu sejauh mana perubahan mereka boleh bawa kepada landskap politik semasa.”

Razak, yang pernah menyaksikan taktik intimidasi yang digunakan terhadap pembangkang politik berkata, kertas siasatan yang dibuka terhadap mereka yang terlibat dalam perhimpunan #Lawan “sangat ringan” berbanding penahanan dan keganasan fizikal yang dihadapi aktivis generasinya.

Katanya, banyak yang dapat dipelajari daripada golongan veteran dan penglibatan dengan individu sezamannya boleh menjadi pengalaman berharga bagi aktivis belia.

Berkenaan akibat yang dihadapi penunjuk perasaan ketika ini, Zahir berkata, ia adalah “sebahagian daripada perjuangan”, sambil berkata, kesulitan yang dihadapi akan menjadi berbaloi.

“Tidak ada perjuangan tanpa pengorbanan. Pada akhir 90-an dan awal 2000-an, mereka yang menerajui demonstrasi kadang-kadang ditangkap atau ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA),” katanya.

“Apabila orang ramai melihat penunjuk perasaan sanggup menghadapinya, ia menunjukkan betapa seriusnya mereka dan dapat menarik lebih ramai menyertai gerakan mereka.”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Nasional

Kongsikan Artikel IniKenyataan Media 16 Oktober 2021 Saya ucap terima kasih atas kesediaan serta pengiktirafan dari YAB Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob dan kerajaan...

Nasional

Kongsikan Artikel IniKerajaan mungkin tidak akan mewajibkan vaksinasi Covid-19, tetapi mereka yang menolak untuk divaksinasi akan berdepan dengan kehidupan yang sukar, kata Menteri Kesihatan...

Ekonomi

Kongsikan Artikel Ini1. Tan Sri Mohd Nor dilantik sebagai Pengerusi TH semasa saya menjadi Menteri yang bertanggungjawab ke atas TH mulai tahun 2018. Latarbelakang...

Nasional

Kongsikan Artikel IniKementerian Pendidikan digesa menyiasat pendedahan ibu bapa pelajar Tingkatan 2 sebuah sekolah menengah di Kuala Lumpur apabila satu video seks muncul di...

Copyright © 2021 Media Rania

Exit mobile version