Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Politik

Kes Covid-19 meningkat, Apa Justifikasi Lantikan Faizal Azumu – AMK

Kongsikan Artikel Ini

JOHOR BHARU, 5 OGOS – Angkatan Muda KEADILAN (AMK) menzahirkan rasa dukacita dengan pelantikan Timbalan Presiden PPBM, Dato’ Seri Ahmad Faizal Azumu sebagai Penasihat Khas kepada YAB Perdana Menteri Bertaraf Menteri.

Dalam satu kenyataan oleh Ketua AMK YB Akmal Nasir hari ini, Perdana Menteri Tan Sri Mahiaddin Yassin terus bermain politik dengan mengagihkan jawatan dalam keadaan ekonomi negara sangat kritikal.

Beliau juga mempersoal justifikasi lantikan berkenaan ketika negara mencatat kes harian Covid-19 tertinggi dengan 20,596 kes dan jumlah korban yang mencecah 10,019 jiwa.

“Apakah justifikasi perlantikan Ahmad Faizal Azumu ketika negara berada dalam krisis pandemik dan krisis ekonomi paling teruk? Bagaimana orang politik terus diberikan habuan dalam keadaan pengangguran yang kian meningkat sehingga 22.5% dalam kalangan graduan?”

“Bagaimana pula dengan nasib puluhan ribu doktor kontrak yang masih tidak diserapkan dengan penjawatan tetap?” Soal beliau lagi.

Beliau juga mempersoal berapakah wang rakyat perlu dihabiskan untuk menggaji seorang lagi Ahli Parlimen selepas Marang dan Bintulu bertaraf yang Menteri. Bila seseorang dilantik dengan lantikan bertaraf Menteri, kita bukan hanya bercakap soal gaji malah elaun-elaun lain termasuk kos pentadbiran.

Akmal mempersoal keperluan lantikan ini ketika kerajaan baru sahaja melantik seorang Timbalan Perdana Menteri dan mempunyai bilangan anggota kabinet yang paling besar dalam sejarah negara.

“Apakah ini sebahagian daripada ‘scheme of things’ bagi memperkukuh kedudukan Perdana Menteri yang sehingga saat ini masih gagal membuktikan beliau mempunyai majoriti yang cukup untuk terus mentadbir Putrajaya.”

“Kegagalan kerajaan menangani wabak dan pemulihan ekonomi hari ini adalah kerana kerajaan sibuk berpolitik mengagihkan jawatan untuk kekal berkuasa.” Ujar beliau lagi.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Copyright © 2021 Media Rania