Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Pendapat

Mahiaddin Tipu Agong?

Kongsikan Artikel Ini

PH iaitu PKR, DAP Amanah mempunyai jumlah 89 kerusi Parlimen.

UPKO (1 kerusi – Madius Tangau) dan PSB (dua kerusi -Baru Bian dan Masir Kujat yang sering mengeluarkan kenyataan media bersama PH) kedua-duanya mempunyai 3 kerusi Parlimen.

Ditambah dengan Pejuang, Warisan dan Muda hari ini yang mengeluarkan kenyataan media berasingan kekal dengan pendirian menolak kepimpinan Mahiddin, mereka mempunyai jumlah 13 Ahli Parlimen.

Dr Mazlee Malik yang kekal sebagai bebas mewakili 1 kerusi.

Di sini jumlahnya – 89 + 3 + 13 + 1 = 106 Ahli Parlimen.

Berdasarkan perutusan khas Mahiaddin bahawa 8 orang Ahli Parlimen UMNO telah menarik sokongan terhadapnya sebagaimana nama-nama mereka telah dipersembahkan kepada Agong – bermakna 106 + 8 = 114.

Begitu pun, jumlah sebenar Ahli Parlimen UMNO yang setuju menarik sokongan terhadap Mahiaddin dikhabarkan telah meningkat kepada antara 12 hingga 14 berbanding surat akuan pertama seramai 8 orang yang dipersembahkan kepada Agong petang semalam.

Presiden UMNO, Zahid Hamidi dalam kenyataan terbarunya mengesahkan, warkah kedua iaitu tambahan jumlah Ahli Parlimen UMNO yang setuju menarik sokongan terhadap Mahiaddin telah dihantar ke Istana Negara.

Memahami bahawa dua Ahli Parlimen telah meninggal dunia yang bermakna jumlahnya sekarang hanya 220 dan dengan itu, keperluan untuk memiliki majoriti mudah ialah 111.

Ini bererti, jika 8 orang sekali pun Ahli Parlimen UMNO yang menarik sokongan yang jumlahnya adalah seramai 114 orang, Mahiaddin tidak mungkin memiliki majoriti lagi.

Kiranya 12 atau 14 Ahli Parlimen UMNO pula yang menarik sokongan, dicampur dengan 106 daripada blok pembangkang yang sedia menolak Mahiaddin, jumlahnya menjadi sama ada 118 atau 120

Maka, bagaimana Mahiaddin boleh membuat dakwaan kepada Agong bahawa beliau masih memiliki sokongan majoriti?

Kalau benar majoriti ada dalam tangannya, kenapa Mahiaddin mahu menunggu sehingga September untuk membuktikannya melalui usul percaya di Parlimen?

Kenapa tidak esok atau lusa?

Adakah sebenarnya yang dibawa Mahiaddin ke Istana Negara pagi tadi adalah surat akuan tipu atau SD palsu?

Jika begitu, adakah Mahiaddin telah berbohong dan menipu Agong?

Shahbudin Husin 

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Pendapat

Kongsikan Artikel IniPENDAPAT, 18 Sep – Menurut laporan media, Shafie Apdal menolak Memorandum Persefahaman (MOU) antara Pakatan Harapan dan kerajaan persekutuan dengan alasan tidak...

Pendapat

Kongsikan Artikel IniPendapat Tiada siapa sangka, Muhyiddin Yassin yang sudah meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri setelah hilang kepercayaan Parlimen untuk menjadi Perdana Menteri, telah...

Pendidikan

Kongsikan Artikel IniPENDAPAT, 17 Sep: Soalan No.1 : Adakah Pakatan Harapan (PH) telah menyerah kalah kepada kerajaan Ismail Sabri Yaakob apabila menandatangani Memorandum Persefahaman...

Pendapat

Kongsikan Artikel IniPendapat – Rasanya ramai yang tidak mengetahui bahawa di sebalik termetrainya MOU Transformasi dan Kestabilan Politik antara kerajaan dengan blok pembangkang PH...

Copyright © 2021 Media Rania