Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Pendapat

#KerajaanDerhaka: PN Bersama PAS Khianati Rja-Raja Melayu

Kongsikan Artikel Ini

Belum pernah dalam sejarah Malaysia merdeka melihat kebiadaban terbuka yang keterlaluan dan berterusan terhadap Duli Yang Maha Mulia Tuanku Yang di-Pertuan Agong dan Raja-raja Melayu.

Ini bukan isu hendak mendewakan Raja-raja Melayu tetapi tentang menghormati sebuah institusi raja berpelembagaan kita yang menjadi payung kepada semua rakyat berbilang agama dan kaum.

Setelah pejabat peguam negara terang-terang berpihak kepada perdana menteri dan parlimen dikunci rapat, hanya Tuanku Agong dan Raja-raja Melayu tempat rakyat memohon pembelaan dan keadilan dalam waktu krisis Covid-19, ekonomi dan krisis perlembagaan ini.

Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Takiyuddin Hassan dan peguam negara tanpa segan silu penuh biadab membohongi tentang “perkenan” Agong terhadap ordinan darurat yang patut dibahaskan di Parlimen.

Pembohongan kepada parlimen adalah suatu kesalahan yang amat serius di seluruh dunia.

Kini, selain dari terkenal sebagai negara kleptokrat di seluruh dunia, Malaysia terkenal pula dengan perdana menteri yang membohongi raja dan parlimen negara.

Apabila Istana Negara memperbetulkan fakta bahawa tiada perkenan telah diberi, Muhyiddin dengan kasar dan biadab memperlekehkan kenyataan Tuanku Agong.

Apabila Istana Negara memberi perincian butiran fakta, timbalan presiden PAS secepat kilat menyatakan pendirian PAS berdiri teguh bersama Muhyiddin dan juga menteri undang-undang yang juga Setiausaha Agung PAS.

Selepas dua hari barulah disusuli dengan sokongan MCA, MIC serta parti komponen lain yang menyokong Mahiaddin berhadapan dengan Agong.

Tidak cukup dengan itu, Presiden MIC Vigeswaran dengan kurang ajarnya meremehkan titah Tuanku Agong serta Majlis Raja-Raja yang mahu perbahasan ordinan tersebut di adakan di Parlimen.

Apa yang kita sedih dan perlu sedar adalah kerajaan Perikatan Nasional, yang sepatutnya menjadi pembela Melayu-Islam, bertindak merempuh institusi penting bagi Melayu- Islam, iaitu Raja-raja Melayu demi kerakusan mengejar kuasa semata-mata.

Dulu kutuk peninggalan penjajah

Takiyuddin selaku menteri dari PAS melambaikan buku peraturan parlimen yang mengandungi peraturan peninggalan penjajah British semasa di parlimen untuk cuba justifikasi tindakannya.

Presiden PAS Abdul Hadi Awang sebelum ini mengutuk keras peninggalan penjajah bukan Islam dan menuntut semuanya mengikut al-Quran, RUU355 dan hudud.

Namun, dengan penuh hipokrasi, demi nafsu untuk kuasa, bukan al-Quran, RUU355 atau hududlah yang dijunjungnya di parlimen sekarang oleh PAS setelah di dalam kerajaan, sebaliknya buku peninggalan penjajah British dipertahan dan digunakan untuk kepentingan diri. Inilah wajah PAS sebenar hari ini.

Muhyiddin dari parti Bersatu dan Perikatan Nasional yang ternyata mendahului pertembungan dengan Raja-raja Melayu demi kuasa sehingga sanggup lupa perpaduan gagasan Melayu yang sebelum ini digembar-gemburkan untuk memancing undi.

Mengata dulang paku serpih

Untuk PAS pula, saranan presidennya selama ini untuk taat pada ulul amri, Raja-raja Melayu demi Islam dan Melayu telah dicampak entah ke mana asalkan boleh kekal berkuasa.

Paling menjengkelkan adalah PAS lebih awal mendahului MIC dan MCA menunjuk contoh untuk derhaka terhadap Raja-raja Melayu kita.

Presiden MIC sanggup biadab mengajar Raja-raja kita bahawa saranan perbahasan ordinan hanya membuang masa di Parlimen apabila PAS menjadi ‘tok guru’ derhaka pada MIC dan MCA.

Ramalan PAS sebelum ini bahawa orang bukan Melayu dan bukan Islam akan mencabar Melayu-Islam menjadi kenyataan apabila PAS merintis jalan untuk mereka contohi.

Di sebalik tuduhan PAS dahulu wujudnya musuh Melayu Islam, ironinya demi kuasa, rupa-rupanya Bersatu dan parti PAS dalam Perikatan Nasional, bersama MIC serta MCA ditakdirkan memimpin gerakan mencabar kedaulatan institusi Raja-raja Melayu kita.

Pepatah Melayu berbunyi, ‘mengata dulang paku serpih’, kata orang dia yang lebih.

Realiti hari ini, parti Melayu dan Islam dalam PN sendirilah yang memimpin mencabar kedudukan Melayu dan cuba mengugat kedudukan ketua agama Islam iaitu Raja-raja Melayu.

RAJA BAHRIN SHAH

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Pendapat

Kongsikan Artikel IniPENDAPAT, 18 Sep – Menurut laporan media, Shafie Apdal menolak Memorandum Persefahaman (MOU) antara Pakatan Harapan dan kerajaan persekutuan dengan alasan tidak...

Pendapat

Kongsikan Artikel IniPendapat Tiada siapa sangka, Muhyiddin Yassin yang sudah meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri setelah hilang kepercayaan Parlimen untuk menjadi Perdana Menteri, telah...

Pendidikan

Kongsikan Artikel IniPENDAPAT, 17 Sep: Soalan No.1 : Adakah Pakatan Harapan (PH) telah menyerah kalah kepada kerajaan Ismail Sabri Yaakob apabila menandatangani Memorandum Persefahaman...

Pendapat

Kongsikan Artikel IniPendapat – Rasanya ramai yang tidak mengetahui bahawa di sebalik termetrainya MOU Transformasi dan Kestabilan Politik antara kerajaan dengan blok pembangkang PH...

Copyright © 2021 Media Rania