Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Politik

Lautan Hitam Banjiri Kuala Lumpur, Demo #Lawan Akan Turun Ke Negeri-Negeri

Kongsikan Artikel Ini

Hari ini, beberapa kawasan berhampiran Dataran Merdeka di Kuala Lumpur berubah menjadi ‘lautan hitam’ apabila dipenuhi dengan peserta himpunan Keluar dan #Lawan.

Difahamkan, perhimpunan aman yang bermula pada pukul 11 pagi itu didakwa sebagai usaha membawa suara rakyat yang mendesak kerajaan Perikatan Nasional untuk berumdur dari tampuk pemerintahan.

Kerajaan Perikatan Nasional sebelum ini melaksanakan Perintah Darurat bagi mengekang penularan wabak Covid-19 namun gagal mencapai matlamat kerana Darurat berkenaan hanya digunakan bagi mengekalkan kerajaan hari ini.

Salah seorang peserta berkata sebelum kerajaan melaksanakan Darurat danya enam ribu kes harian Covid-19 dilaporkan namun setelah ia dilaksana kes harian naik hingga mencecah lebih 17,000 kes sehari.

Dalam sidang Parlimen juga kerajaan berbohong tentang pembatalan Ordinan Darurat serta menderhaka kepada Istana kerana membelakangi YDP Agong.

Ditanya kekhuatiran tersebarnya wabak ketika demonstrasi, salah seorang peserta berkata “kami di kurung di rumah tanpa pendapatan dan bantuan. Namun kes harian naik dan lebih 8,000 rakyat mati. Itu tidak termasuk mati bunuh diri. Kami tidak ada jalan lain selain turun ke jalanraya desak kerajaan gagal ini berundur agar tiada lagi antara kami mati akibat wabak mahupun bunuh diri”.

Wakil penganjur juga memberitahu himpunan ini bukanlah penamat dan pihak penganjur akan menggerakkan himpunan serupa di setiap negeri.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Copyright © 2021 Media Rania